t>

Breaking News

Hanee Haneesya Diejek Hitam Lepas Kantoi Minum Arak Dan Clubbing, Netizens Dinasihatkan Jangan Serang Fizikal..

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Dik Hanee Haneesya,

Ketahuilah sesungguhnya sebelum ini saya tak pernah ambil tahu pun pasal pertandingan Dewi Remaja. Tahu-tahu dah ada pemenang.

Tapi edisi kali ni saya ikuti juga sikit-sikit. Itupun sebab ada kau dik. Tak pernah saya jumpa melayu berkulit gelap macam kau berani ke depan dan melawan mitos yang cantik itu kulitnya putih.


Kau tahu dik, selalu saya ingatkan kepada pelajar sekolah jangan ejek fizikal kawan, baik ketinggiannya, saiz badannya, ejekan pada nama bapak, apatah lagi yang melibatkan soal kulit.

Bila saya ikuti kisah kamu, ternyata masa kecil itulah yang kau alami. Ejekan demi ejekan. Siap orang gelar kau arang lagi. Tapi kau kuat. Kau jadikan ejekan itu pembakar semangat untuk berjaya.

Dan akhirnya kau dinobatkan menjadi pemenang Dewi Remaja. Nama kau sebenarnya sudah setanding pemenang yang lepas, Neelofa, Scha Alyahya dan lain-lain.

Tapi hari ni, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Tular video dan gambar lama kau minum arak di media sosial. Maka, pihak penganjur Dewi Remaja terus menarik balik gelaran itu, kerana melanggar terma dan syarat.

Kau terus saja akui kesilapan. Mohon maaf dan redha dengan keputusan penganjur program berkenaan. Tak cukup dengan itu, kau sebut jangan kecam ibu saya, dia tak bersalah. Mak dah didik dengan elok, tapi ia kesilapan dan kebodohan diri sendiri. Kau pun sungguh-sungguh menyesali perbuatan berkenaan.

Tak apa dik, at least kau tak membelit seperti segelintir politician di Malaysia. Terus saja mengaku, membenarkan perkara itu serta bersedia bertanggungjawab.

Susah orang nak akui kesilapan dik. Apatah lagi ia melibatkan hal yang mengaibkan. Saya terbaca juga komen netizen, "dah lah muka hitam, hati pun sama hitam minum kencing setan."

Aduh!

Agak-agaklah nak mengomen kawan-kawan. Yang kau kena benci maksiat yang beliau lakukan, bukan batang tubuh dirinya. Kau mengutuk gitu pun bukan dapat pahala.

Jadi, apa kau kena buat selepas ni dik?

Muhasabah dan terus muhasabah. Ada hikmah benda ni berlaku awal. Bayangkan saat kau berada di puncak, dan katakanlah ketika itu kau dah berhijab, lagilah kau down bila tersebarnya video berkenaan. Eloklah ia berlaku sekarang. Nanti buat comeback.

Jangan risau, di Malaysia ni cepat je orang lupa kesilapan yang kita buat. Tengok DS Najib Razak sekarang, happy je memanjang walau macam-macam kes yang disiasat. Malu apa bossku. Hmm

Kawan-kawan,

Ada beberapa perkara saya nak tekankan,

1. Sebutkan pada anak-anak agar tak hina dan ejek kawan-kawan di sekolah. Walau benda ni nampak remeh, tapi kesannya amat mendalam. Kanak-kanak ini akan membesar dalam keadaan takut.

2. Apa jua maksiat yang dilakukan, please jangan hina batang tubuh individu berkenaan. Kita wajib benci maksiat yang dilakukan, tapi jangan benci si pelaku maksiat. Journey manusia mencari Tuhan tak sama. Ending kehidupan pun tak sama.

3. Untuk pihak penganjur, tolong fikirkan balik berbaloi ke untuk kau orang teruskan lagi pertandingan sebegini. Sudah-sudahlah. Penat kot mengadap budak-budak baru nak up ni. Dah lah macam-macam perangai. Di Instagram lagi, twitter, tik tok. Memasing perangai macam apa je. Jadi social media influencer lagi, habis beri impak buruk pada bebudak lain.

Semoga maju jaya Hanee. Semoga kejadian ini permulaan kepada spiritual journey kau mengenali Tuhan. Amin.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Pernah jumpa kau masa ceramah di sekolah tahun 2016 dahulu.

#TukangCeramahBudakSekolah