t>

Breaking News

Cara Mengenalpasti Restoran Mamak Itu Muslim Sebenar Ataupun Menipu..

Oleh : Afyan Mat Rawi

CARA MEMBEZAKAN RESTORAN MAMAK MUSLIM ATAU TIDAK.

1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak.

Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini.

 
Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

[UPDATE: Tahun 2018, saya lakukan sendiri survey restoran mamak di hari Deepavali]

2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.

Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran "mamak".

"Mamak, daging ada?"

"Kambing ada. Lembu tak ada"

"Kenapa lembu tak ada?"


Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz "Assalamualaikum".

Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh.

Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.

Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.

Malah ada yg menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan.

Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yg nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya.

Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

* Jika di Gombak, restoran yang saya berrrani rekomen Mamak Muslim ialah Restoran Thaqwa. Ada 4 cawangan di Gombak. Antara perkara menarik di sini, setiap cawangannya akan ada surau untuk solat. Juga tiada rokok yang dijual. Dahulu, tiada TV dan hanya pasang ayat-ayat suci Al-Quran.

** Saya tidak dibayar oleh tauke Thaqwa utk posting ini.

*** Ejaan THAQWA kurang tepat. Sepatutnya TAQWA atau TAKWA. Tiada isu besar pun.