t>

Breaking News

Rupanya Tak Dapat Beli Minyak Masak Punca Wanita Bertudung Dilempang, Polis Buru Suspek.

Tular satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki yang dilihat seperti kemarahan. 


Kejadian itu dipercayai berlaku di kedai runcit yang terletak di Bayan Lepas pada 8.40 pagi Selasa.


Wanita yang ditampar itu merupakan pekerja di kedai runcit tersebut yang dikenali sebagai Athirah Mohd Aziz.

Menurut Athirah Mohd Aziz yang bekerja sebagai juruwang, beliau ditampar lelaki itu kerana tidak dibenarkan membeli minyak masak satu kilogram lebih daripada dua peket.

Katanya, lelaki tersebut mahu membeli minyak masak sebanyak tiga peket sedangkan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua paket sahaja minyak yang diberikan subsidi tersebut.

"Dia masuk pusing-pusing, dia letakkan barang dekat sana. Kemudian dia kata, dia hendak tiga paket minyak masak.

"Saya kata tak boleh, sorang hanya boleh beli dua paket sahaja. Minyak paket pun ada sikit sahajakan. Kami nak beri pelanggan lain sama. Lepas tu dia tengking. Dia cakap perkataan kotor. Dia tak puas hati dia datang terus pukul saya,"
kata Athirah.

Sementara itu menurut The Star, polis kini memburu lelaki berkenaan.

“Suspek tiba ke kedai untuk membeli tiga paket minyak masak, tetapi juruwang memberitahu pelanggan hanya dihadkan membeli dua paket seorang. Oleh sebab itu, mangsa mengalami kesakitan belakang dan gusar diugut oleh suspek," kata Supt. A. Anbalagan

Untuk rekod ketika ini hanya minyak masak daripada komoditi sawit yang dipaket seberat satu kilogram diberikan subsidi 60 sen oleh kerajaan pada harga RM2.50.

Sementara bagi minyak masak masak daripada komoditi sawit yang dibotolkan tidak mendapat sebarang subsidi. - SoZCyili.