t>

Breaking News

Eric Liew Diburu Netizens Kerana Menghina Sultan Muhammad V..

Nama Eric Liew tiba-tiba menjadi sensasi dalam satu malam disebabkan komen beliau mengenai Sultan Kelantan menjadi tular di sosial media.

"Terlalu sibuk berzina dengan pengantin barunya," komennya dalam pautan berita perletakkan jawatan Agong yang kemudiannya ditangkaplayar oleh netizens lalu disebarkan secara meluas. 


Netizens kemudiannya menyebarkan gambar Eric bersama pasangannya di sosial media selain menyerang akaun Facebooknya.

Tidak terhad disitu, netizens juga mendesak majikan Eric, CISCO ASEAN untuk bersegera mengambil tindakan ke atas Eric kerana dianggap kurang ajar dan bersikap biadap terhadap Sultan Kelantan.

Laman Facebook rasmi CISCO ASEAN dibanjiri dengan ribuan komen yang mendesak syarikat itu untuk memecat Eric dengan segera.

Kempen boikot ke atas CISCO ASEAN turut dilancarkan oleh sesetengah netizens seperti yang boleh dilihat diruangan komen.

"Hai semua, perkara ini telah dibawa ke perhatian kami dan diserahkan ke wakil pengurusan Malaysia. Siasatan selanjutnya akan dilakukan dan tindakan susulan akan diambil sewajarnya selepas ini," kata wakil CISCO ASEAN dalam satu kenyataan bagi membalas desakan netizens.


Disebabkan serangan yang bertubi-tubi itu, Eric Liew kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya telah membuat komen yang biadap terhadap bekas Agong sebentar tadi, yang sememangnya langsung tak masuk akal. Saya telah menarik semula kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf di dalam group (kumpulan) di mana tempat saya membuat komen itu tadinya tetapi kini komen tersebut telah menjadi tular.

Saya benar-benar minta maaf kerana membuat komen melampau kurang ajar itu. Saya berharap kepada mereka yang marahkan saya bole memaafkan kesilapan saya," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya.

Bagaimanapun Eric Liew didapati menghilangkan diri selepas membuat permohonan maaf itu.

Akaun Facebooknya tidak lagi boleh diakses. Ini mungkin disebabkan walaupun telah meminta maaf, netizens tetap menyerang dan mengkritik dirinya di ruangan komen. Selain itu semakin ramai yang tampil mendesak CISCO ASEAN di ruangan komen halaman itu. - SoZCYili.