t>

Breaking News

Islam Ialah Agama, Bukan Milik Bangsa Arab, Francis Tan Ditegur Pendakwah..

Oleh : Firdaus Wong

Ramai yang salah faham dan gagal membezakan antara Islam, Muslim & Arab. Mereka menganggap Islam itu Arab & Arab itu Islam sebagaimana mereka stereotaip Islam sebagai ganas tanpa selidik & mengkaji lebih mendalam.

Individu bernama Francis Tan ini bukannya anti-Islam tetapi beliau kelihatan seperti anti semua agama! Cuma malangnya beliau membiarkan maklumat yang disampaikan oleh media massa menjadi bahan utama rujukan.




Beliau mungkin sedar atau tidak sedar bahawa rujukan Islam adalah Al-Quran & Sunnah bukannya Malaysiakini, FMT, MalayMail, The Star, CNN atau BBC! Namun beliau rela membiarkan dirinya terus diperbodohkan.

Beliau dan sekutu mereka merelakan diri mereka diperbodohkan oleh media massa yang memberitahu mereka nampak bijak kerana mempercayai apa yang mereka sampaikan tanpa merujuk kepada sumber utama Islam - Al-Quran & Sunnah.

Kepada sahabat Muslim yang ternampak atau terlihat posting seperti ini, anda boleh menegur tetapi pastikan teguran kita mengikut akhlak dan adab Islam.

Jangan sesekali memaki hamun dan mencarut kerana jikalau kita melakukan sebegitu rupa, apa beza kita dengan mereka? Kita ada panduan Al-Quran & Sunnah maka ikutilah petunjuk Al-Quran & Sunnah. 

Saya tidak setuju dengan tindakan sesetengah individu yang menyebarkan gambar ahli keluarga Francis Tan. Jangan begitu.

Buat anda yang jahil dan rela diri terus diperbodohkan, orang ramai tidak tahu anda jahil dan bodoh sehinggalah anda bersuara dan menulisnya! Adalah hak anda untuk perasan diri anda pandai tetapi hakikatnya bodoh - jahil murakab. Kebodohan adalah pilihan individu. Benarlah firman Allah;

“Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).” (Al-Baqarah 2:18)

Usah membiarkan keharmonian antara bangsa dan agama di Malaysia terjejas kerana beberapa individu ini. 


Anda yang Belum Muslim juga perlu menegur sahabat anda yang Belum Muslim demi memelihara keamanan dan keharmonian negara kita. 

Ini bukan isu Muslim vs Belum Muslim tetapi ini sikap jahil & jahat individu!