Jangan Bandingkan Jumlah Anak Bila Terserempak Dengan Rakan Lama..
Oleh : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Saya berjumpa dengan rakan. Lama tak jumpa semenjak matrikulasi. Saya tahu dia kontraktor berjaya. Saya pula doktor biasa-biasa saja.
Jadi pertemuan pertama kami berbual pasal diri dan keluarga.
"Anak kau berapa..."
Saya sudah tidak selesa.
"Oooo, anak aku lebih banyak dari anak kau" respon dia bila saya memberitahu bilangan anak saya.
Nada (intonasi) dan gaya bercakap rasanya nak menunjukkan dia lebih dari saya. Ada unsur nak membangga.
Malas betul nak bercakap dengan orang macam ini.
Saya memang tidak selesa orang membandingkan harta (kereta, rumah), anak, kebun dan sawah, wang dalam bank dan saham yang ada.
Pada saya semua ini adalah pinjaman dan amanah. Jadi tidak perlu dibangga-bangga. Itu semua bukan hak mutlak kita. Ada tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan amanah yang diberi. Malah ALLAH boleh tarik bila-bila masa.
Mungkin kita tidak berniat untuk membangga dan membanding, tetapi nada perbualan yang begitu cukup menghiris hati mereka yang kekurangan.
Elok sekadar bertanya lebih kurang tentang keadaan rakan lama kita. Kita tidak tahu masalah, susah payah dan ujian yang mereka hadapi. Lainlah kalau ada sahabat yang kaya dan niat hendak membantu.
Lain sekali jika kita bercakap tentang pencapaian kerja. Ia sesuatu yang mungkin boleh kongsikan untuk memotivasikan atau memberitahu. Tetapi saya sendiri segan nak cerita kecuali jika ada yang bertanya.
Ramai rakan dan saudara mengelak diri dari berkumpul (reunion) kerana ada rakan dan saudara yang suka menunjuk-nunjuk dan berbangga.
Jangan jadikan perjumpaan yang seharusnya menjadi tautan kasih bersahabat, menjadi titik untuk membenci pula.