t>

Breaking News

Kronologi Kes Kematian Anjing Dek Keracunan Di Senawang Dan Ini Penjelasan Pengerusi Masjid.

Kejadian keracunan anjing di Senawang memasuki episode baru apabila Pengerusi Masjid, individu yang didakwa menjadi dalang tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama baiknya.


Kita mulakan dengan kronologi kejadian terlebih dahulu;




👉 Pada 6 Januari media melaporkan 3 ekor anjing mati keracunan.


👉 2 ekor yang mati ialah anjing liar dan seekor yang mati ialah anjing yang ada pemiliknya.

👉 Serentak itu juga, beberapa gambar tangkaplayar mengenai insiden anjing keracunan itu turut disebarkan.

Lihat gambar-gambar dibawah ini;











Berdasarkan perbualan yang tersebar itu, difahamkan;

i) racun itu diletakkan didalam kawasan masjid yang berpagar dan bukannya diluar kawasan masjid.

ii) ini bermakna sesekor anjing itu perlu memasuki kawasan masjid, memakan makanan beracun dan mati kerananya. 

iii) ini juga bermakna anjing-anjing itu didapati berada didalam kawasan/premis yang tidak sepatutnya ia berada. Menurut kenyataan itu, selalunya 3 hingga ke 4 ekor anjing memasuki masjid dan ia menyebabkan jemaah membuat aduan.

iv) anjing-anjing itu diracun atas alasan keselamatan, mungkin ada kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa agaknya.

v) kebanyakan yang memberikan respon seperti bersetuju dengan tindakan meracun dan hanya terdapat seorang individu yang mahu masalah anjing liar dibawa ke PBT.

👉 Tularnya gambar tangkaplayar itu juga membuat seorang pencinta haiwan membuat laporan mengenainya di Gombak.

👉 Wajah Pengerusi Masjid dan nombor telefonnya juga disebarkan dan menjadi mangsa siber buli. Bahkan wajah anak-anak dan isterinya juga menjadi mangsa netizens.




👉 Pihak-pihak yang mempertikaikan anjing liar kerana menganggu keselamatan kanak-kanak kecil juga menerima ugutan.


👉 Seterusnya apa yang berlaku di sosmed ialah kumpulan pro pencinta haiwan bertengkar dengan kumpulan yang mahu hak asasi mereka tidak diganggu oleh haiwan liar + pemilik yang tidak bertanggungjawab.

👉 Sesama mereka melakukan serangan siber buli, pro haiwan menyerang pro hak asasi, pro hak asasi menyerang pro haiwan, dengan kumpulan yang mempertahankan Pengerusi Masjid paling teruk terjejas.

👉 Antara luahan pihak yang pernah menjadi mangsa kerana anjing-anjing ini;

Kawan mengandung pun dikejar anjing..



Pelajar sekolah sampai mati kerana nak lari dari anjing..




Tak boleh nak salahkan sebelah pihak jer..



👉 Menerima pelbagai kecaman dan makian serta ugutan, akhirnya Pengerusi Masjid, Tuan Mohd Asna Amin tampil memberikan penjelasan buat kali pertamanya malam tadi.

Menurut beliau;

- Racun itu diletakkan di dalam masjid dan bukannya diluar masjid.

- Setiap malam beliau perlu ke balai untuk menjalani soal siasat disebabkan kes itu.

- Telefon bimbitnya turut dirampas.

- Budak-budak juga mengadu dikejar anjing.

- Disebabkan itu atas kapasiti Pengerusi Masjid, beliau yang merasakan tanggungjawab membela nyawa kanak-kanak itu adalah lebih utama, maka memilih tindakan meracun anjing.

- Beliau juga berkata, beberapa aduan telah dibuat namun tiada tindakan dari pihak berkuasa untuk membanteras hal itu menyebabkan akhirnya membuat keputusan mengambil tindakan sendiri.

- Beliau juga menafikan 3 ekor anjing yang mati baru-baru itu adalah kerana memakan racunnya.

- Berdasarkan gambar tangkaplayar yang tersebar itu didapati tiada tarikh didalamnya, ini bermakna tidak dapat dikenalpasti bilakah perbualan itu berlaku. Dan Pengerusi Masjid mendakwa beliau meletakkan racun 3 minggu sebelum 3 ekor anjing itu dilaporkan mati. 

- Pengerusi masjid mendakwa gambar anjing yang tersebar makan racun itu ialah pada 14 Disember 2018. 

- Dan beliau juga melaporkan kenyataan veterinar yang mengatakan apabila sesekor anjing itu memakan racun, anjing itu akan mati serta merta dan tidak memerlukan masa sehingga 3 minggu.

- Tuan Asna juga meluahkan perasaan beliau malu apabila dikecam sebagai PEMBUNUH ANJING, TUAN HAJI PENGERUSI MASJID LAVENDER PEMBUNUH ANJING, dan ia menjejaskan reputasinya.

Berdasarkan laporan, anjing pertama ditemui mati pada 3 Januari 2019. Dan pihak polis masih menjalankan siasatan akan kes berkenaan.

Media turut melaporkan penduduk di Lavender Height sanggup dipenjarakan bersama-sama Pengerusi Masjid andai tindakan diambil ke atas Tuan Asna. 

Kami juga ingin menasihati semua pihak untuk menghentikan serangan siber buli, samada anda menyokong haiwan ataupun menyokong hak asasi dan keselamatan kanak-kanak, jangan sesekali menyerang lawan anda dengan menyebarkan gambar keluarga mereka terutamanya gambar anak-anak. 

Anda boleh didakwa kerana menyerang kanak-kanak. Kanak-kanak dilindungi dalam Akta Kanak-Kanak 2001, dan dalam kes ini pihak yang menjadi mangsa ugutan mahupun penyebaran boleh melakukan laporan polis bagi mengambil tindakan undang-undang. - SoZCyili.