t>

Breaking News

Salib Di Grace Residents, Pemaju Kata 'Test Lampu', Bentuk Asal Adalah 'Wang' (王) Dan Bukannya Salib.

Kerajaan negeri akhirnya buka mulut berkaitan isu bangunan kediaman di Jeluntong yang didakwa memaparkan lampu berlambangkan salib yang kecoh pada minggu lepas.

Isu itu pada awalnya menjadi tular di sosmed apabila beberapa gambar bangunan itu disebarkan dan menyebabkan netizens berasa marah. Ia turut mendapat perhatian daripada Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.


Mufti Penang itu berkata pihak berkuasa negeri perlu segera mengarahkan pihak pemaju projek berkenaan untuk mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti lambang salib.

Selain itu, Wan Salim juga mahu pihak berkuasa menyelidik terlebih dahulu adakah kejadian itu sengaja dilakukan atau hanya secara kebetulan sahaja.

"Saya dengan penuh harapan meminta kerajaan negeri menerusi Pejabat Timbalan Ketua Menteri Satu dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan seberapa segera perlu mengarahkan pihak pemaju mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan tersebut supaya tidak kelihatan seperti lambang salib yang tidak disenangi pihak tertentu.

"Perlembagaan Persekutuan juga melarang usaha mempromosi atau menyebarkan agama lain dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam,"
katanya menerusi akaun Facebook Jabatan Mufti Pulau Pinang, hari pada sabtu.


Kerajaan negeri melalui Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow dipetik sebagai berkata, pemaju sebenarnya sedang menguji fasiliti bangunan tersebut termasuklah sistem pencahayaannya.


Bagaimanapun jawapan itu nampaknya tidak dipercayai oleh rata-rata netizens yang mengikuti perkembangan kes itu.

Pendakwah terkenal, Ustaz Firdaus Wong semalam membuat post bagi mengulas isu lampu salib itu dan reaksi warganet rata-ratanya bersetuju dengan pandangan pendakwah itu dan membayangkan Kerajaan Penang sedang melakukan penipuan.

"Sama ada saya setuju dengan sekumpulan masyarakat yang kurang senang dengan pancaran cahaya berbentuk salib, itu isu lain yang saya tak ulas. Cuma saya tertarik dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkata;

“...the developer is currently testing the facilities, including the lighting system.”

Saya mungkin boleh bersetuju bahawa pemaju mungkin sedang testing kemudahan di situ termasuklah lampu tetapi apakah kemungkinan testing akan menghasilkan satu bentuk yang jelas seperti salib?

Ataupun ianya memang sengaja mahu TEST tetapi TEST WATER apa reaksi masyarakat? Andai masyarakat tiada respon, akan dibuat lagi atau bila masyarakat memberikan reaksi maka alasan lain diberikan?

Saya takut salib ke tidak? Errr saya tak takut salib kerana menurut Bible orang yang mati di kayu salib adalah orang yang terkutuk;

“Maka janganlah mayatnya dibiarkan semalaman pada tiang itu, tetapi haruslah engkau menguburkan dia pada hari itu juga, sebab seorang yang digantung TERKUTUK oleh Tuhan; janganlah engkau menajiskan tanah yang diberikan Tuhan kepadamu menjadi milik pusakamu." (Ulangan 21:23)

"Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk kerana kita, sebab ada tertulis: "TERKUTUKLAH orang yang digantung pada kayu salib!"(Galatia 3:13)

Tiada salahpun jikalau Nova Mulia adalah Religious developer yang berpaksikan nilainya kepada ajaran Kristian tetapi kenyataan KM Pulau Pinang bahawa mereka hanya menguji kemudahan itu sangat meragukan. Pemaju “test facilities” atau “test water” ya? Hmmmm,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

REAKSI NETIZENS;




Sebelum ini beberapa pihak yang mendakwa mewakili NGO telah mengadakan demo di hadapan bangunan kediaman yang dikenali sebagai GRACE RESIDENTS itu dan selepas itu lampu berbentuk salib tidak lagi kelihatan selepas ianya menjadi sensasi di internet.

Kumpulan yang mengadakan demo itu mendakwa bangunan kediaman tidak boleh mempunyai apa-apa lambang berbentuk keagamaan dan ini termasuklah salib.

Bagaimanapun jurucakap pemaju menafikan lampu di bangunan tersebut memang disengajakan berbentuk salib.


Menjawab kepada media, Nova Mulia Sdn Bhd berkata, lampu itu sebenarnya berlambangkan 'wang' dan bukannya 'cross'.

"Jika semua lampu di tingkat atas dan tempat letak kenderaan dipasangkan, huruf cina (mandarin) 'wang' (王), yang membawa maksud maharaja ataupun raja akan terpapar," katanya.  - 14 Januari 2019.