Tragedi Mazda & Vios : "Tengoklah Apa Yang Kau Dah Buat, Kau Bunuh Kawan Kau Sendiri!".
Begitulah kenyataan Ken Lim ketika menyebarkan identiti individu yang didakwanya telah membunuh Moey Yun Peng dalam satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa terbabas dan terjatuh ke dalam laut.
"Lihatlah apa yang kau dah lakukan Vitis. Mabuk dan memandu la. Kau baru je bunuh kawan kau sendiri. Karma akan mengajar kau, asshole!," katanya dalam kenyataan itu.
Kenyataan oleh Ken Lim itu kemudiannya tular di sosial media. Netizens juga menyebarkan identiti pemandu Toyota Vios itu.
Pemandu Vios itu dikenali sebagai Vitis Waran dan berusia 21 tahun. Vitis bekerja sebagai pendandan rambut. Pemandu Vios juga dipercayai mabuk dan positif ganja ketika diperiksa polis.
Semalam media tempatan melaporkan kemalangan yang berlaku di kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang melibatkan kenderaan jenis SUV Mazda dan Toyato Vios.
Rakaman dashcam yang memaparkan detik-detik kemalangan turut tersebar. Menerusi rakaman itu, Vios dilihat memecut dan melanggar Mazda berwarna putih sebelum kenderaan itu terbabas dan jatuh menjunam ke dalam laut.
Sehingga ke hari ini mangsa yang dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun seorang pelajar kolej swasta belum lagi ditemui.
Ketika kejadian mangsa bersama pemandu Vios baru sahaja pulang dari menyambut harijadinya dengan lima rakan yang lain.
Mereka dipercayai menyambut parti hari jadi di sebuah kelab yang terletak di Lebuh Chulia. Lima lagi rakan mereka tinggal di bahagian pulau. Manakala mangsa dan pemandu Vios tinggal di bahagian seberang. Mangsa dan pemandu Vios juga dilaporkan telah berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi.
Pemandu Vios yang mengalami kecederaan ringan selepas kemalangan itu kemudiannya dihantar ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.
CCTV menunjukkan detik-detik jatuhnya Mazda dari jambatan Pulau Pinang itu juga viral sejak pagi tadi.
Polis juga menyiasat kemungkinan pemandu Vios dan Mazda mungkin sedang berlumba sebelum berlakunya nahas malang itu. - 21 Januari 2019.