Viral Video Polis Bukit Aman Tumbuk Peniaga Burger, Netizens Sebar Identiti Polis Terlibat.
Media sosial hari ini kecoh dengan satu penyebaran rakaman video yang mendakwa dua anggota polis telah menyerang orang awam.
"Dua orang anggota polis dari Bukit Aman bahagian stafoc, salah seorang pegawai tertinggi telah menumbuk dan membelasah peniaga burger tanpa sebab. Pegawai tersebut telah mengacukan pistol dengan membuat ugutan jenayah. Ramai saksi yang melihat kejadian tersebut.
Video yang ditunjukkan adalah selepas insiden mereka belasah perniaga tersebut. Kita masih dapat melihat pistol yang berada di sisi pegawai polis berbaju kuning. Repot polis telah dibuat...
Lokasi : Taman Rasah Jaya, Seremban, N9," kata pentadbir halaman Durian Media di Facebook hari ini.
Laporan polis mengenai insiden itu juga turut disebarkan.
Menurut laporan polis itu, seorang lelaki berambut kembang mengakui sebagai anggota polis Bukit Aman dan meminta kad pengenalan pengadu.
Bagaimanapun pengadu enggan menunjukkan kad pengenalannya kerana anggota polis yang mendakwa dari Bukit Aman itu tidak menunjukkan kad kuasanya walaupun diminta berkali-kali oleh pengadu.
Disebabkan enggan menunjukkan kad pengenalannya, pengadu kemudiannya bertumbuk dan seterusnya bergelut dengan lelaki berambut kembang sebelum seorang lagi rakan lelaki itu, yang juga didakwa sebagai anggota polis dan masuk campur dalam pergelutan itu dan memukul pengadu.
Pergaduhan itu kemudiannya cuba dileraikan oleh kawan-kawan pengadu.
Pengadu mendakwa telah cedera di bahagian muka.
Lelaki berbaju kuning yang juga mendakwa sebagai anggota polis kemudiannya telah mengacukan pistol ke arah pengadu dan kawan-kawannya kerana melarang sebarang rakaman dibuat ke atas insiden tersebut.
Motif kepada ganguan itu dipercayai kerana pengadu mempunyai masalah dengan pasangan suami isteri yang tinggal di atas lokasi kedai tempatnya berniaga. Menurut pengadu pasangan suami isteri itu tidak berpuas hati padanya dan telah melakukan pelbagai tohmahan terhadapnya selama ini.
Polis masih belum mengulas mengenai penyebaran rakaman itu dan apakah ianya benar-benar mempunyai kaitan dengan salahguna kuasa anggota polis setakat ini.
Bagaimanapun identiti salah seorang lelaki yang mendakwa anggota polis telah pun tersebar di laman sosial.
Salah seorang lelaki dalam rakaman itu dipercayai bernama Rashi Iqbal dan didakwa sememangnya seorang anggota polis kata netizens. - 20 Januari 2019.