t>

Breaking News

Vaksin Atau Tak Vaksin? Lihat Gambar Ini Dan Nilaikan Sendiri..

Oleh : The Dressar & Co. 

Vaksin atau Tak Vaksin

Lihat gambar di bawah.
Ini bukan photoshop, ini bukan gambar konspirasi.



Gambar ini di ambil sekitar tahun 1900, dan individu dalam kedua dua gambar adalah adik beradik perempuan dari keluarga yang sama. Seorang berumur 21 tahun, seorang lagi 15 tahun.

Perbezaan antara keduanya adalah dimana kakak yang berusia 21 tahun (gambar atas) divaksinasi, manakala adik perempuan berumur 15 tahun tidak divaksinasi. Kedua mereka terkena penyakit smallpox, iaitu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus variola.

Penyakit berjangkit yang merbahaya, meragut nyawa 3 daripada 10 orang yang terinfeksi akibat penyakit ini. Simptom demam dan ruam berkoplik yang progresif akan muncul pada pesakit yang mempunyai smallpox ini seperti di dalam gambar kedua.

Melalui globalisasi vaksinasi yang dilakukan, kes terkahir smallpox dikesan di Somalia pada tahun 1970, dan di sahkan smallpox telah tiada lagi pada tahun 1980 oleh World Health Organization (WHO), kesan daripada penggunaan vaksinasi secara global.

Komuniti anti vaksin ni nak apa lagi sebenarnya?
Nak smallpox muncul semula ke, baru mereka kecut perut nak ambil vaksin?


Pelbagai konspirasi tidak bertanggungjawab dikeluarkan oleh pihak komuniti anti vaksin ini, dalam usaha menghasut dan meminta masyarakat yang kononnya mereka lebih tahu mengenai keburukan vaksin vaksin ini.

Kebaikannya yang ada dalam diri sendiri tu tak nak pulak terima hakikat. Parut bahu kiri tu kesan AEFI yang membawa maut ke?

Sampai bila nak faham pun tahu la.
Sendiri menipu, kata masyarakat kena tipu.