Apa Jadi Bila Gigi Berlubang?
Oleh : Pusat Sejahtera USM
APA JADI BILA GIGI BERLUBANG?
Apa jadi kalau gigi sudah berlubang dan kenapa gigi perlu dirawat dengan tampalan apabila sudah berlubang. Tengok gambar dan lihat apa yang berlaku di bawah lubang itu.
Lapisan enamel (yang paling luar) adalah lapisan paling kuat. Dikatakan organ terkuat dalam badan kita ni. Kena tampal cepat-cepat bila gigi dah berlubang di peringkat ini. Belum lagi ada teknologi yang boleh mengembalikan struktur gigi asal bila sudah jadi macam ini.
Masa ini kebanyakannya tak sakit. Jadi orang akan selalu abaikan untuk jumpa doktor gigi dan buat pemeriksaan. Orang kita lebih suka jumpa masa sakit sahaja.
Lapisan dentin (lapisan kedua) sangat fragile. Sempadan antara enamel dan dentin adalah sangat kritikal. Doktor gigi akan bersihkan betul-betul sempadan ini sebab bakteria mudah merebak bila dia dah mula bertenggek dalam dentin. Dalam dentin bakteria senang merebak dan menjadikan lubang lebih besar.
Sebab itu nampak lubang macam kecil dari luar, tapi sebenarnya lubang tu dah besar kat dalam. Kalau lubang dah sampai lapisan dentin ni, kita akan senang rasa sensitif atau orang sebut ngilu.
Lapisan pulpa (yang paling dalam) ada saraf dan saluran darah. Kalau gigi ada 3 akar, setiap akar ini ada saluran masing-masing. Kalau bakteria dah sampai pulpa, tanggunglah azab sakit gigi sampai berdenyut-denyut dan tak boleh tidur malam. Sakit akan datang secara tiba-tiba.
Ramai yang biarkan sakit sebab takut jumpa doktor gigi. Sanggup tahan sakit daripada pergi klinik gigi. Akhirnya gigi akan mati.
Selain memberus gigi, kita mesti dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.
Gigi rosak tak semestinya sakit.
Tak sakit, tak semestinya tak ada gigi rosak.
Kalau dapat sesuatu, kongsikanlah supaya ramai lagi sedar.