Doula Perlu Dipantau, Sudah Tibanya Masa Kelahiran Tidak Selamat Dihentikan.
Oleh : Dr Hafidzah Mustakim
Doula, Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?
Menyaksikan rancangan Analisis malam ini di TV Al Hijrah kendalian Hajah Syafinaz Yunus. Dua minggu berturut-turut topik panas berkaitan isu perubatan.
Kupasan Prof Imelda memang mantap. Saya memuji keberanian Puan Hayati membicarakan isu sensitif ini di khalayak.
Saya boleh memahami hasrat ibu-ibu muda mahu merasai pengalaman kelahiran alami (gentle birth atau natural birth) kerana 32 tahun yang lepas saya sendiri melalui pengalaman kelahiran sebegini ketika melahirkan anak sulong, kedua dan ketiga.
Ketika itu saya masih lagi belajar di Melbourne. Kerajaan di sana sudah menerima dan mengiktiraf kehendak rakyat mereka yang mahukan kelahiran alami ini. Lalu disediakan kemudahan beranak secara alami di fasiliti hospital. Ada ‘Family Birthing Unit’.
Saya beranak di dalam bilik yang ada katil double, ada bean bag. Saya dibenarkan berjalan dan berada dalam posisi mana pun yang saya mahukan; mencangkung, merangkak pun boleh. Bezanya, di sebalik kepala katil tu terlindung paip saluran oksigen dan peralatan lain yang boleh digunakan bila-bila masa sekiranya ada komplikasi kelahiran. Yang menemani dan memantau kelahiran anak saya adalah jururawat terlatih. Fatima namanya, asal dari Sudan.
Point saya, mungkin sudah tiba masanya pihak kerajaan mendengar dan mengiktiraf kehendak masyarakat yang semakin ke depan yang mahukan perkhidmatan seperti ini diadakan di fasiliti Kerajaan (dan swasta).
Kesimpulan Hajah Syafinaz paling menarik ‘Doula tidak boleh menemani ibu bersalin tanpa kehadiran bidan terlatih atau doktor".
Pandangan Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al Bakri tentang perkara ini juga amat jelas. Penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih. Ini bertentangan dengan maqasid syariah dalam menjaga nyawa.
Kalau mahu diteruskan, Doula Malaysia mesti bernaung di bawah Persatuan yang didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kegiatan mereka dipantau. Sudah tiba masanya kematian Ibu dan Bayi disebabkan oleh kelahiran yang tidak selamat dihentikan.