t>

Breaking News

Menjawab Mitos Badan Tak Perlukan Vaksin.

Oleh : Muhsin Zaidi

“Badan kita sebenarnya tak perlukan vaksin ni semua. Badan kita dah dicipta oleh Allah cukup kuat. Kena tawakkal dan yakin.”

Ini contoh ayat yang manis dan sedap didengar, hakikatnya kosong. Kalau aku, aku akan cakap ayat tu ayat sembang bodo.


Ilmu dan akal itu perlu seiring. Apa guna beriman tapi hak berfikir campak ke tepi? Dan apa pula guna akal tapi tiada iman?

Ada dua bidang ilmu yang berlainan perlu dilihat dengan kritikal di sini. Iaitu bidang syariah dan bidang perubatan.

Dalam perubatan, graf yang menunjukkan jumlah penyakit seperti Polio, Diphteria, Tibi, dan Pertussis ni semua dah semakin menurun. Berbanding dulu, yang mati sebab Polio punya la ramai. Tibi? Tak payah cakap. Sangat ramai.

Benda ni mudah je. Bakteria, virus, protozoa ni semua benda mikrob. Kita takkan nampak dengan mata kasar. Vaksin ni semua tak lebih dari satu usaha nak siap siagakan badan kita kalau terkena jangkitan nanti. Vaksin ni bukan ubat kebal. Vaksin ni kuman yang sama, tapi dah dilemahkan. Inject dalam badan sebab nak bagi training pada badan, nak suruh dia cipta antibodi awal-awal.

Badan kita ni unik. Kalau dia dah pernah ada sejarah lawan sejenis kuman tu, akan datang kalau kuman yang sama datang dia dah takda masalah nak lawan. dia akan belajar dari pengalaman dan cipta antibodi khas untuk lawan kuman yang sama.

Contoh mudah gini la, kau dah pernah kena lempang dengan sorang cikgu. Cikgu ni keje dia memang lempang orang je. Lepas kena lempang tu, kau pakai helmet setiap hari pegi sekolah. Jadi, cikgu yang sama tu datang lempang pun takde hal dah. Melainkan cikgu tu lempang pakai hammer.

Tapi, walaubagaimanapun, ada beberapa ketika antibodi kita menurun. Faktor menurun ni banyak. Pemakanan, sebab tengah ada penyakit lain, genetik, cara hidup, macam-macam lagi. Tapi macam mana pun, walapun antibodi lemah, ia jauh lebih bagus dari tak ambik vaksin langsung.

Itu analoginya. Benda mudah.

Sekarang, penyakit yang dulu hampir pupus, kini dah timbul balik. Nak cerita satu persatu macam mana boleh berlaku tu susah. Benda ni benda complicated nak explain di media sosial. Belajar dalam kelas tanpa gangguan pun susah nak faham.

Jadi, kesimpulannya mudah. Allah berikan kita akal untuk kita cari jalan untuk berusaha. Hal vaksinasi ni hal bidang perubatan. Serahkan hal ni pada ahlinya. Bila jumhur doktor kata kena ambik, ambik je la. Bila jumhur ulama cakap wajib vaksin, vaksin je la.

Tak payah buat benda pelik-pelik boleh? Jangan rumitkan benda senang.