t>

Breaking News

Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini..

BAHAGIAN KEDUA

Pihak kami telah berhubung dengan pihak yang berauthoriti untuk mengulas mengenai dakwaan 211 anak yatim telah dihalau dan hilang tempat tinggal mereka.


JKM dipersalahkan pula..


Penyebaran itu disertai dengan dakwaan kerajaan kejam dan zalim kerana menutup maahad tahfiz orang Islam sebaliknya pusat judi dibiarkan berleluasa. Nampak sentimen yang dimainkan disini?

Apa sebenarnya yang telah berlaku?


👉 Pada 13 Mac, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Agama Dan Syarikat, Datuk Dr. Ismail Salleh bahawanya satu madrasah di Kedah telah diarahkan tutup operasinya.


Rujuk : https://www.sinarharian.com.my/article/17795/EDISI/Utara/Kedah-tutup-madrasah-eksploitasi-pelajar-kutip-derma

👉 Ini kerana hasil siasatan mendapati madrasah itu telah mengekploitasikan kanak-kanak bagi tujuan mengutip derma.

👉 Anak-anak itu telah dihantar ke stesen-stesen minyak dan beberapa lokasi lain untuk mengutip derma dan menjual barang.

👉 Anak-anak itu tidak bersekolah dengan baik, dan berkemungkinan tidak menerima vaksinisasi berkala. (hal ini memerlukan semakan lanjut)

👉 Sebahagian dari anak-anak ini pernah ditahan dan disoalsiasat oleh orang awam, sesetengahnya tak pandai membaca surah yang ringkas sekalipun!

👉 Anak-anak ini anak-anak yatim? Tidak betul sama sekali. Memang tak dinafikan ada sebilangannya anak yatim tetapi MAJORITI bukanlah anak yatim. Mereka adalah anak-anak ahli dan anak-anak dari keluarga susah yang dikutip bagi tujuan melakukan ekploitasi.

👉 JKM, ZAKAT dan MAJLIS AGAMA tidak membantu? Salah! Agensi kerajaan meminta pihak pengurusan untuk menyediakan beberapa dokumen bagi menyokong tuntutan mereka. Seperti, jika ini adalah anak-anak yatim, manakah sijil mati ibunya, ayahnya, mana Mykadnya, MyKidnya, sijil lahirnya, sijil sekolahnya, dan sewaktu dengannya. Kegagalan untuk melengkapkan proses dokumentasi menyebabkan bantuan tidak boleh disalurkan. Tambahan pula jika menipu mengatakan anak-anak ahli, atau anak-anak kandung sebagai anak-anak yatim, adakah ianya wajar diterima?

👉 Jika semata-mata tidak lengkap satu dua dokumen tetapi anak-anak ini dijaga dengan baik dari segi persekolahan dan kebajikan, apakah mungkin kerajaan mengarahkan ia ditutup operasinya? Jangan bohong! Sudah tentulah ada kes berat yang menyebabkan tindakan tegas perlu diambil. 



👉 211 anak-anak yatim ini merempat? Pertamanya, betulkah bilangannya 211? Keduanya, betulkah merempat selepas perlu keluar dari asrama masing-masing? Mana bukti bergambar 211 ini merempat? Jika merempat sudah tentu dah ditularkan oleh orang awam bukan?

👉 Kerajaan Kedah mengarahkan premis menutup operasi kerana mengekploitasikan kanak-kanak bagi tujuan mendapat derma dan adakah derma-derma itu telah digunakan untuk menampung keperluan dan kewajipan terhadap anak-anak ini?

👉 Menurut tuan tanah, sewa tidak dibayar. Kerana itu juga menjadi sebab kenapa mereka perlu kosongkan bangunan. Selain perlu akur dengan tuntutan kerajaan negeri untuk menghentikan segala bentuk operasi bagi menyelamatkan anak-anak dari terus diekploitasikan.

👉 Sebahagian dari anak-anak ini pernah diselamatkan dan disekolahkan seperti anak-anak lain.

👉 Sebahagian dari bekas-bekas pekerja telah berubah haluan dan memberitahu beberapa perkara sensitif yang ramai orang tidak tahu di luar sana. Kami tidak akan menulis mengenai perkara itu disini.

👉 Anak-anak ahli itu dipercayai dibawa ke Pulau Pinang menaiki VAN. Mereka juga mempunyai markas di Pulau Pinang.

👉 Modus operasi pengurusan ini telah berulangan selama lebih 20 tahun lama. Setiap kali tindakan tegas dibuat, wayang simpati akan dimainkan. Orang awam percaya dan terpengaruh. Yang menerima kecaman, agensi agama. Bila nampak budak-budak kutip derma, agensi kerajaan kena kecam kerana tak membantu. Bila membantu dengan mengambil tindakan tegas, dikecam lagi kerana tak prihatin. Apa sebenarnya yang mereka mahukan?  

Pengakuan bekas pengikut..


👉 Isu ini melangkaui garis politik. Ia bertujuan untuk menghentikan segala bentuk ekploitasi terhadap anak-anak ini. Pengetua lama kini sedang meringkuk di penjara. 

Atas kes ekploitasikan anak-anak ==> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/227716/warga-emas-isteri-didakwa-eksploitasi-kanak-kanak




Gambar pertama : bekas pengetua yang didakwa. 
Gambar kedua : mangsa dan ibu bapa mangsa - mana yang kata budak-budak ini adalah ANAK-ANAK YATIM?

Mereka bukan anak-anak yatim majoritinya. Seperti yang diperjelaskan di atas, sebahagian dari mereka adalah anak-anak orang susah yang dikutip kemudiannya diekploitasikan.

👉 Apabila kantoi, mereka akan tukar nama. Nombor akaun bank yang sama digunakan untuk tujuan meminta derma dan simpati orang ramai. Bagaimanapun operasi mereka masih sama. Mengekploitasikan kanak-kanak.

👉 Jabatan Agama telah menerima aduan maka kerana itu tindakan tegas dibuat. Tindakan tegas dibuat selepas melakukan siasatan terperinci. Jangan menfitnah disana sini. Orang Kedah ramai tahu kebenarannya. Orang di luar Kedah cenderung untuk mempercayai pembohongan dan lakonan.

👉 Ada banyak pusah tahfiz, madrasah dan rumah anak-anak yatim di Kedah. Tidakkah pelik jika nak menuduh kerajaan negeri kejam hanya kerana mengambil tindakan tegas terhadap satu madrasah yang menipu, memperdagangkan dan mempergunakan budak-budak?

👉 Selamatkan anak-anak ini, samada anak-anak ahli atau anak-anak orang susah dari terus dipergunakan untuk tujuan mengutip derma. Anda boleh melakukannya jika anda berhenti mempercayai pembohongan mereka. Jika strategi mereka gagal, secara automatiknya mereka akan mula mencari rezeki dengan cara yang sepatutnya, dan bukannya menggunakan keringat budak-budak. Ingatlah, tempat anak-anak ini disekolah, bukannya dijalanan mencari wang derma. - 16 Mac 2019.