Media Malaysia Juga Perlu Berhenti Menyelitkan Propaganda Anti Muslim, Islam Seru Pendakwah..
Oleh : Firdaus Wong
Apa yang dilakukan oleh pengganas berkulit putih di Christchurch barangkali adalah hasil dari propaganda media terhadap ideologi ‘White Supremacy’, Neo-Nazi danretorik anti-Islam anti-Muslim selama ini. Pengganas itu juga menamakan Donald Trump sebagai ikon White Supremacy yang menjadi inspirasi beliau!
Bagaimana Hitler memainkan propaganda sehingga tenteranya sanggup membunuh 6 juta Yahudi dan menceroboh serta mengganas di Eropah? Media menerusi video, radio, surat khabar serta filem boleh menjadi senjata yang amat berkesan tetapi pada masa yang sama sangat merbahaya.
Contoh selepas filem American Sniper yang diarahkan oleh Clint Eastwood ditayangkan pada 2015, ramai yang telah menonton terinspirasi dan seperti ingin atau tergerak untuk menembak orang Arab atau Muslim kerana watak utama Chris Kyle yang dilakonkan oleh Bradley Cooper digambarkan sebagai hero kerana berjaya MEMBUNUH 160 orang.
Sama ada 160 orang yang DIBUNUH itu benar-benar adalah pengganas, wallahualam tetapi bagaimana watak pembunuh Chris Kyle diagung-agungkan kerana MEMBUNUH itu memberikan idea yang salah bahawa seolah-olah semua Arab atau Muslim adalah pengganas dan patut dilenyapkan.
Stereotyping Muslim oleh media perlu diberhentikan kerana jikalau tidak, insiden pengganas di Christchurch tidak akan menjadi insiden yang terakhir tetapi akan terjadi lagi pada masa depan.
Serangan media terhadap Muslim & Islam di Malaysia juga perlu di berhentikan agar tiada pihak pelampau yang akan mengambil kesempatan dan menjadikannya sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang melampaui batasan agama dan undang-undang negara.
Harap pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysiaakan memantau dan memberikan amaran keras kepada media massa di Malaysia agar tidak ‘memangsakan’ Muslim & Islam di Malaysia. - 17 Mac 2019.