Ceramah DUKE & PU Rahmat Dibatalkan Saat Akhir, Kerajaan Johor Dipersalahkan.
Seorang netizen yang dikenali dengan nama Nabeel Naqie II mendakwa ceramah Ustaz Kazim Elias dan PU Rahmat dibatalkan saat akhir kerana kedua-dua penceramah jemputan itu tidak pro kepada Pakatan Harapan.
Menurutnya lagi, kerajaan baru lebih meraikan penganjuran pesta arak berbanding majlis ilmu.
"Inilah Malaysia Baru. Ceramah Perdana di Johor DIBATALKAN di saat-saat akhir setelah hadirin semua tiba walau pada asalnya dapat kelulusan.
Ni sebab Ustaz Kazim dan PU Rahmat tidak pro Pakatan Harapan le ni.
Kesian ribuan jemaah yang menunggu di majlis ilmu ini.
Di Malaysia Baru ini, pesta arak lagi senang dapat kelulusan dari majlis agama," katanya dalam kenyataan itu.
Nabeel turut berkongsikan beberapa gambar dan rakaman video ketika ceramah itu dibatalkan.
Dalam video yang tular itu, pengacara juga memaklumkan majlis dibatalkan kerana keputusan yang dibuat oleh Kerajaan negeri.
"Dukacita dimaklumkan, Ustaz Kazim dah sampai tetapi tak boleh ke mari. PU Rahmat dah sampai tetapi tak boleh ke mari. Saya nak cakap terang-terang. Bahawa majlis ini dibatalkan oleh kerajaan negeri Johor.
Walaupun segalanya telah siap, semua orang dah datang. Makluman telah sampai di merata tempat.
Kerjasama dengan Wakaf Nur. Wakaf Nur, JCorp," katanya dalam kekecewaan.
Johor belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengulas dakwaan yang tular setakat ini. - 2 Mac 2019.