Peniaga Foodtruck Bengang Barang Disita, Mengamuk Kaw-Kaw Marahkan DBKL. (Video Inside)
Bengang kerana barang perniagaannya dirampas, seorang peniaga meluahkan kemarahan terhadap DBKL yang disifatkannya kejam kerana melayan peniaga kecil seperti penjenayah.
Lelaki itu dilihat mengamuk, menjerit, menumbuk dan melepaskan kemarahan terhadap DBKL yang katanya bersikap diskriminasi terhadap peniaga melayu.
Rakaman video berdurasi 3 minit 56 saat yang tular itu menunjukkan anggota DBKL sedang menyita barang-barang perniagaan steamboat namun dipersoalkan oleh pemilik perniagaan berkenaan sehingga tercetusnya pergaduhan kecil antara dua pihak.
Dipercayai perniagaan itu milik keluarga, adik-beradik yang menjalankan perniagaan kecil mencari rezeki tambahan di ibu kota.
Di sosmed pula, individu yang dikenali sebagai AbangKudin Kudin mengakui beliau adalah peniaga yang diserbu itu dan meluahkan perasaannya terhadap insiden yang berlaku itu;
"Assalammualaikum, hari ini rasa sedih pon ada rasa sebak pon ada, yalah kita ni orang meniaga tepi jalan kan, malam tadi foodtruck A.R Ikan Patin Masak Tempoyak saya diserbu oleh DBKL di Jalan Genting Kelang Setapak.
Yalah yang saya maksudkan bukan pada semua DBKL tapi pada sesetengah DBKL, saya tau korang hanya jalan kan tugas tapi bagi lah belas kasihan kat anak muda macam kami ni meniaga.
Kami memang tak kacau orang, kami meniaga elok makanan. Korang jangan la buat kami macam bangsa asing. Datang sampai 3,4biji truck, 4,5 biji van, siap block jalan. Apa salah kami???
Kami bukan buat kerja jahat. Korang datang terus mintak ic. Nak rampas barang kami. Time tu customer tengah ramai. Tengah makan, korang datang terus turun dari van macam kami buat salah besar, nasib baik customer boleh faham. Dieorang tengok sendiri depan mata, tolong lah kami merayu. Tolong la bela hak kami anak melayu.
Kami melawan sebab kami nak hak kami, barang kami, kami beli pakai duit gaji, kalau nak ikut =kan berapa je gaji kami niaga tepi jalan korang tak dek belas kasihan ke kat kami ni anak muda melayu, yang datang malam tadi pun semua melayu, kenapa warga warga asing niaga elok je korang tak kacau.
Niaga kedai makan beramai ramai korang tak kacau kenapa kami anak muda melayu ni korang kacau, tolong lah. Kami merayu sangat, bagi lah peluang pada kami anak muda ni nak cari rezeki.
Cuba yang meniaga ni adalah mak ayah korang,adik beradik korang, diperlakukan pulak macam ni. Apa yang korang rasa???? Mana belas kasihan korang pada bangsa sendiri??? Dari segi undang undang memang kami salah tapi tu korang tengok sendiri la. Kami cuma nak hak anak melayu peniaga kecil yang mencari rezeki ditepi jalan ini dibela 🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏," katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini DBKL belum mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengulas tuduhan itu. - 2 Mac 2019.