t>

Breaking News

Fakta Tentang Nabi Muhammad Yang Ramai Penghina Nabi Tidak Tahu.

Oleh : Firdaus Wong

Fakta Tentang Nabi Muhammad Yang Ramai Penghina Nabi Tidak Tahu
.

Kebelakangan ini, semakin menjadi kes menghina Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam di kalangan mereka yang Belum Muslim. Sebagai Muslim, sudah tentu Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam bukanlah sebagaimana yang mereka gambarkan.



Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam adalah orang yang paling sayang terhadap manusia, beliau menyukai kebaikan ada pada mereka dan Baginda sangat berupaya agar mereka mendapatkan kebahagiaan dan keselamatan. Allah Subhana Wa Ta’ala menegaskan perkara ini;

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, Amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (At-Taubah 9: 128)


Baginda sangat mencintai sekali umatnya, beliau menanggung beban demi keselamatan umatnya di akhirat, beliau berharap semoga umatnya dimuliakan Allah Subhana Wa Ta’ala dan beriman agar mereka dapat masuk syurga, bahkan Baginda menangis kerana sangat takutnya terhadap nasib umatnya dan kasih sayangnya Baginda terhadap mereka. Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiallahu anhu, beliau berkata,

Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wa sallam membaca ayat Allah Taala tentang Nabi Ibrahim,

“Ya Tuhanku, Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, Maka Barangsiapa yang mengikutiku, Maka Sesungguhnya orang itu Termasuk golonganku.” (Ibrahim 14:36)

Andainya mereka yang menghina Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam ini tahu betapa Baginda sayangkan mereka dan mahukan mereka beriman agar mereka dapat masuk syurga bersamanya. Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam lebih mencintai kalian melebihi ibubapa kalian tetapi tergamak anda menghina Nabi Muhammad yang mahukan kebaikan untuk anda?

Kembalilah kepada kebenaran dan kenali siapakah Nabi Muhammad yang mahukan kebaikan untuk anda. Semoga anda yang hina dan bencikan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam dibukakan hati dan dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.