Berhenti Hina Islam Dan Jadikan Ia Trend, Mufti Nasihatkan Non Muslims..
Oleh : MAZA
JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN
Nampaknya, masih ada lagi posting-posting yang JELAS menghina Islam oleh bukan-muslim. Ertinya, hal ini seperti ingin dijadikan trend oleh sesetengah pihak.
Ia bukan lagi kes terpencil. Ia seperti satu kehendak yang terpendam yang cuba membakar kemarahan Umat Islam dalam negara ini.
Kepada saudara-saudara non-muslim!
Sekalipun masyarakat muslim di negara ini ada kelemahannya, namun tahap toleransi dan kesudian berkongsi amatlah baik jika dibandingkan nasib Umat Islam minoriti di India, China, juga di negara-negara lain yang berdekatan. Janganlah saudara-saudara cemari nikmat dan kelebihan hidup harmoni dalam negara ini yang kita kecapi selama ini.
Saudara-saudari non-muslim! Berpesan-pesanlah kepada sahabat handai saudara-saudari sekalian agar beradab dan tahu mengawal tingkahlaku hidup bernegara di Malaysia ini. Jangan kerana sikap biadap dan dendam kesumat maka saudara-saudari membakar negara aman yang telah lama kita bina.
Jangan sampai YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT DAN YANG DIKENDONG BERCICIRAN. Orang muslim itu masih sabar jika dihina dirinya dan keluarganya tetapi mereka tidak akan bersabar lagi jika dihina ISLAM dan RasulNYA.
Sayangi dan hargailah nikmat keamanan yang kita miliki. Pohon memahami keadaan.