Hidup Mewah, Emas Banyak, Tiket Penerbangan Kelas Pertama, Tak Layak Duduk PPR, Khalidah Nazir Tampil Beri Penjelasan.
ISU SEMASA | Salah seorang dari enam penghuni PPR Taman Manggis yang berkampung di hadapan Komtar selama 4 hari mahu menyaman pihak yang menyebarkan gambar tiket penerbangannya di sosial media.
Gambar itu disebarkan bagi tujuan mengecam penghuni yang dihalau itu dan menyokong tindakan kerajaan yang menghalau mereka sehelai sepinggang.
Selain dari gambar tiket penerbangan kelas pertama gambar-gambar lain turut disebarkan bagi mengaitkan aktiviti itu dengan kemewahan.
Antara gambar-gambar yang disebarkan ialah aktiviti melancong, aktiviti membeli belah, keadaan rumah yang cantik, dan gambar penghuni itu yang sedang memakai emas yang banyak.
Penghuni yang berusia 63 tahun itu, Khalidah Nazir Ahmad yang berang kerana dikecam itu kemudiannya tampil menjelaskan beberapa perkara.
Menurut wanita itu, beliau sebenarnya adalah antara penghuni terawal yang diarahkan berpindah dari perobohan rumah Sungai Pinang ke PPR Taman Manggis.
Ketika diarahkan berpindah sememangnya beliau tidak layak menduduki PPR namun kerana rumahnya dirobohkan maka satu unit PPR diberikan sebagai ganti.
Bagaimanapun beliau terikat dengan pembayaran sewa setiap bulan dan tidak pernah ada bayaran yang tertunggak kerana menjelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Tiket penerbangan kelas pertama yang tular pula katanya ada versi cerita yang lain, yang rata-rata netizens tidak mengetahui kisah disebaliknya.
Tiket itu pada asalnya adalah tiket kelas ekonomi tetapi dinaiktaraf kepada tiket penerbangan kelas pertama selepas abangnya memindahkan 'bonus penerbangan' kepadanya.
Katanya, abangnya kerap terbang dan mempunyai banyak bonus boleh dituntut, oleh itu beliau berpeluang menaiki penerbangan kelas pertama selepas tiket itu dinaiktaraf.
Khalidah juga berkata beliau tidak mengetahui unit PPR yang ditawarkan padanya adalah untuk orang miskin. Beliau yang telah menetap disana sepanjang 13 tahun selama ini merasakan layak untuk menduduki unit itu selepas rumahnya dirobohkan dan penghuni penempatan itu semuanya diusir keluar termasuklah dirinya.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri telah membenarkan penghuni PPR yang bermalam di Komtar itu memasuki kediaman mereka bermula semalam untuk tempoh 3 hari.
Tindakan itu dibuat bagi memberikan masa kepada penghuni untuk memindahkan kesemua barang-barang milik mereka ke kediaman baru.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada kesemua penghuni tersebut bersetuju untuk berpindah atau tidak.
Di sosial media, blog pro pembangkang melaporkan sebilangan yang tidak bersetuju pula memberitahu yang mereka terasa seperti dipermainkan berikutan disuruh menandatanggani satu perjanjian. Maklumat itu perlu disemak terlebih dahulu.
Kumpulan yang menyokong penghuni itu juga mendesak kerajaan untuk mengubah syarat PPR daripada bergaji bawah RM1,500 kepada gaji RM3,000 sebulan dengan mengambilkira kos sara hidup yang tinggi di Pulau Pinang.
Menteri Perumahan, Zuraidah Kamaruddin juga berkata kerajaan akan membina sekurang-kurangnya 3 projek perumahan PPR baru di Pulau Pinang bagi menampung populasi B40 yang semakin menambah. Kerajaan negeri tidak membina PPR baru selama memerintah sebaliknya menumpukan kepada rumah kos yang lebih tinggi dari yang mampu dimiliki B40. - 9 Mac 2019.