t>

Breaking News

Siti Kasim VS MAZA Isu Demo LGBT.

SEMASA | Demo Hari Wanita Sedunia yang dihijack oleh kumpulan pro LGBT turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.


Menurut Mufti Perlis demo itu telah mencabuli fitrah kerana sanggup berdemo untuk memperjuangkan kehidupan yang songsang.

 


"PERARAKAN YANG MENGHAIRANKAN HAIWAN

Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani. Malangnya bagi golongan songsang mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf. 


Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu 'cacat' mencacatkan fitrah. Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan," katanya dalam satu kenyataan.

Melihatkan kepada kenyataan MAZA itu, Siti Kasim yang selama ini suka 'berbalah' dengan Mufti Perlis itu mengambil kesempatan untuk memberikan responnya.

"PERHIMPUNAN LGBT?


Maza tak tau ke? Kita punya Menteri dah cakap per... mana ada LGBT kat Malaysia ni...

Maza must be having a bad day dream... there was no LGBT gathering. What I joined yesterday was WOMEN'S WALK calling out to men who make decisions on many issues. Basically, telling men not to be jerks and wankers..

You can see a lot of them coming out from the woodwork based on comments and news report,"
balasnya secara kiasan kepada MAZA.


Dalam kenyataan asal MAZA sebenarnya tidak menyebut LGBT secara langsung.

Bagaimanapun melihatkan kepada beberapa respon segera yang pro kepada LGBT, mereka seakan mengiyakan mereka adalah kumpulan yang dimaksudkan MAZA. - 11 Mac 2019.