t>

Breaking News

"Kau PU Syaitan!!," - PU ABU SUFYAN Dikecam Kerana Ceraikan Isteri Sarat Mengandung Guna WhatsApp.

SOSMED | Kisah rumahtangga artis dan selebriti seringkali menjadi perhatian netizens apatah lagi jika ia melibatkan skandal kecurangan dan poligami paksa. 

Terbaru, Pencetus Ummah, PU Abu Sufyan diserang pelbagai lapisan netizens yang bengang gara-gara luahan Ain Afini yang juga bekas isteri kepada PU Abu Sufyan.

Dalam luahan itu Ain menjelaskan dirinya telah menjadi mangsa setelah suaminya berkenaan pada seorang janda. 

Suaminya itu telah menyatakan hasrat mahu berpoligami hanya selepas dua bulan mendirikan rumahtangga. Kerana usia perkahwinan yang masih muda, Ain tidak bersetuju dengan permintaan tersebut.



Sebaliknya AIn meminta Abu Sufyan membuat keputusan samada bersamanya ataupun memilih janda itu. Dan pada 13 Mac 2019, Abu Sufyan pun menceraikan isterinya itu dengan hanya menggunakan aplikasi WhatsApp sahaja!


Netizens menyifatkan tindakan Abu Sufyan itu sangat kurang ajar dan biadap, pada seorang isteri yang sedang sarat mengandungkan anaknya itu.

Masa sayang pandai datang meminang, bila sudah tak mahu, diceraikan guna telefon sahaja. Seolahnya isteri tiada harga, tidak mahu bertentangan mata. 

Netizens juga sangat marah sehingga ramai yang memaki hamun Abu Sufyan dengan pelbagai gelaran tidak manis, antaranya seperti BABI, SYAITAN, IBLIS, DAJAL, JUAL AGAMA, USTAZ HAPRAK, LEBAI GILA P***, HABIS K******, P*** DIBUANG, dan banyak lagi.

Ketika ini di sosial media, Abu Sufyan menjadi individu paling dibenci dan dikecam berikutan dianggap meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung.

Disebabkan Abu Sufyan ialah PENCETUS UMMAH, maka Islam dan imej keagamaan turut terkait sama. Golongan yang anti poligami dan agamawan juga mengambil kesempatan memberikan komen kecaman.

Sekaligus memberikan perasaan malu kepada umat Islam lainnya kerana mempunyai PU yang bersikap sedemikian rupa.

Di ruangan komen, rata-rata netizens beranggapan;

👉 PU Abu Sufyan, suami yang gagal dan lari dari tanggungjawab

👉 Mengikut perasaan dan hawa nafsu - sedangkan Islam sentiasa mendidik nafsu perlu dikawal, ini juga menyebabkan Islam dipandang serong.

👉 Betullah yang pak lebai ini sekadar menjual agama..

👉 Program PU mengambil sesiapa sahaja menjadi calon atas nama duit dan keuntungan, bukannya demi Islam sehingga calon takde akhlak baik juga diserap masuk - dan menggunakan Islam bagi melariskan program.

👉 Agamawan merosakkan maksud poligami yang sebenar - mana ada poligami yang menceraikan isteri baru dikahwini untuk janda kaya. Inilah sebabnya ramai wanita menolak poligami.

👉 Ini bermakna agamawan juga manusia biasa, tidak terlepas dari dosa dan masyarakat perlu berhati-hati kerana terlalu banyak agamawan bertopengkan manusia..
 
Ain, dalam penjelasan lainnya turut memaklumkan, beliau tidak berniat mahu membuka aib sesiapa bagaimanapun suaminya (ataupun bekas) itu telah membuka aibnya sendiri apabila bergambar berdua dengan pasangan barunya di Instagram.

Perkara itu mungkin menyinggung perasaan Ain yang diceraikan dalam keadaan sarat mengandung tanpa suami disisi.

Selepas luahannya itu menjadi kecoh, Ain bertindak menutup Instagramnya kepada private, sebelum ini postnya berstatus umum dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Mungkin berlakunya gangguan yang tidak diingini.

Di pihak PU Abu Sufyan pula, post-post lamanya menjadi sasaran netizens menghamburkan kata-kata penghinaan.



Dalam perkembangan berkaitan, Ain juga katanya akan menuntut pembelaan haknya dan mereka-mereka yang pernah menjadi mangsa PU Abu Sufyan.



Tidaklah dapat diketahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Ain itu. Setakat hari ini, Abu Sufyan belum mengeluarkan apa-apa kenyataan balas berhubung isu yang sedang tular ini. Dipercayai beliau kini berada di kota suci Mekah menunaikan ibadah umrah. - 21 April 2019.