t>

Breaking News

Pemuda Ini Bagi Nasihat Pedas Berapi Kepada PU Abu Sufyan..

Oleh : Syapik Hassan 

Nak kahwin 2 tak salah. Kalau mampu, silakan. Yang salahnya, baru 2 bulan kahwin, dah terus mintak izin isteri untuk poligami. 


Rilek-rilek la dulu. Kau gelojoh sangat kenapa? Pastu ceraikan isteri masa isteri tu tengah mengandung pulak tu. Kau dah pancut dalam sedap-sedap, kau ceraikan camtu je sebab nak kejar janda yang hidup senang kerana dia founder produk kecantikan.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Habis semua ustaz-ustaz dan alim ulama kena hentam sama. Puak liberal dan atheist duk tunggu point nak hentam Islam, kau bagi bola tanggung pulak.

Maaf la bukan nak sibuk rumahtangga orang. Rumahtangga aku sendiri belum tentu sempurna. Tapi pakai title agama, dalam masa sama buat onar pada agama, ini yang membodohkan masyarakat. Sebab apa? 


Masyarakat akan bertekak dan bertikam lidah sebab kau. Sedangkan kau hidup bersenang lenang. Orang yang jahil agama akan bercakap pasal agama.

Perbuatan bodoh kau yang simple tu akan memberi kesan besar pada masyarakat. Persepsi orang terhadap ilmuan agama dan syariat Islam (poligami) akan menjadi negatif.

Lagi satu, kalau ceraikan isteri ketika isteri baru hamil, dikira zalim tau tak. Sebab eddah dia panjang. Eddah sehingga dia bersalin. Orang lain kena cerai normal, eddah 3 kali suci, dalam 3 bulan lebih (kecuali yang ada masalah kitaran haid). 


Kau ceraikan isteri baru mengandung, dia kena tunggu 6-7-8 bulan baru eddah dia habis.

Kau dah berjimba dengan bini baru. Bini yang kau ceraikan tu sape nak bagi moral support? Dia pecah air ketuban kat rumah sorang-sorang, sape nak bawakkan dia pegi hospital? Dia beranak, sape nak berada di sisi dia? Dia dalam pantang, sape nak tengok dan jaga dia?

Sado, sado jugak. Jangan bodoh macam lembu.