t>

Breaking News

Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40.

Pada 15 April 2019 kerajaan secara rasminya telah melancarkan skim peduli sihat PEKA B40 yang mensasarkan warga emas berusia 50 tahun dan ke atas. 

Skim ini menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan faedah perubatan yang percuma buat mereka yang layak.
 

PeKa B40 diwujudkan atas fakta-fakta berikut;

👉 Beban Penyakit Tidak Berjangkit : 47.6% kumpulan B40 berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.

👉 Kesihatan Mental : 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40. 

👉 Beban Kanser : Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah.

👉 Rawatan Kanser : Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.

👉 Kos Alat Perubatan : Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

👉 Masalah Pengangkutan : Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.


KONSEP PEKA B40;

👉 RM100 juta diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 untuk PeKa B40.

👉 Bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan.

👉 Ianya adalah percuma kepada penerima PeKa B40.

👉 Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. 

Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut;

👉 Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.


👉 Berumur 50 tahun dan ke atas.

👉 Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.

Untuk menyemak kelayakan masing-masing sila layari portal : https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan