t>

Breaking News

4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam.

SEMASA | Pada selasa Peguambela dan Peguamcara, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa empat suspek pembunuh Adib telah disembunyikan diluar negara dimana semua kos hidup mereka telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Pihak polis juga katanya tidak boleh berbuat apa-apa ke atas kesemua suspek tersebut.


"4 suspek pembunuh Adib ini telah di sembunyikan diluar negara dengan semua kos hidup ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.


Polis pun tak boleh buat apa-apa kat diorang ni.

Kebal lebih dari raja-raja pulak,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Dakwaan peguam yang lebih dikenali sebagai Buzze Azam itu kemudiannya menjadi tular di sosial media dalam sekelip mata.



Dan ini kemudiannya mendorong kepada tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Harapan yang mahu membuat aduan kepada pihak polis dan bahagian disiplin Majlis Peguam agar tindakan dapat diambil ke atas Buzze Azam yang dibayangkan sedang menyebarkan fitnah.

Poster mengenai desakan itu juga kini tular di sosial media bagi mengajak lebih ramai pihak untuk melakukan aduan.


Sebelum ini portal The Malaysian Dateline melaporkan kenyataan peguam itu yang berkata, umumnya empat individu tersebut telah ditangkap untuk disoal siasat, namun telah dilepaskan dengan jaminan polis dan tiada khabar berita tentang mereka sehingga ke hari ini.

“Saya seorang peguam dan berpengalaman dalam kes-kes sebegini, saya percaya empat orang ini telah melarikan diri atau dibawa lari dan disembunyikan untuk mengelak daripada dibawa ke muka pengadilan. Dan kita kena ingat kemuncak kes ini ialah apabila tiga Menteri india turun dan membela mereka.

“Kita belum nak korek betul-betul tentang empat orang yang sedang di sembunyikan ini. Kalau boleh selepas ini kita nak ada pendakwaan dan jika pun tiada pendakwaan, saya akan cadangkan kepada gerakan Ummah, kita desak pula untuk adakan RCI,”
katanya.

Beliau turut berkata, penarikan diri oleh peguam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang mewakili inkues kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dianggap sebagai menganggu ‘mood’ rakyat.

Khairul Azam berkata, selepas peristiwa Peguam Negara mengeluarkan affidavit bahawa Adib tidak dipukul tetapi merupakan satu kemalangan, peristiwa penarikan diri ini menambahkan lagi persoalan.

Jika penarikan diri dari inkues tersebut menyebabkan keterangan saksi utama iaitu Perunding Kanan Patalogi Forensik dari United Kingdom, Prof. Dr Shahrom Abd Wahid tidak lagi boleh dijadikan bahan bukti, maka ia akan membentuk lebih banyak persepsi masyarakat.

Malah katanya, keterangan saksi dari pakar-pakar terlibat yang mengenalpasti corak dan punca kecederaan Adib merupakan yang terpenting dan ditunggu-tunggu oleh masyarakat.

“Prosiding inkues adalah untuk kenal pasti punca kematian bukan kenal pasti siapa melakukannya. Jadi sebab itu pentingnya keterangan yang diberikan oleh pakar dan Doktor yang mengkaji setiap corak kecederaan.

“Persepsi umum telah pun ada dan mereka percaya bahawa arwah Adib telah dipukul. Bila ada saksi-saksi yang memberi pendapat mereka yang berlainan dari persepsi itu, itulah yang menimbulkan masalah jika tidak disokong dengan justifikasi yang benar-benar meyakinkan.

“Saya percaya sememangnya wujud konspirasi seperti mana yang didakwa oleh Gerakan Ummah (Ummah). Kalau boleh, selepas ini kita nak ada pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara terhadap mereka yang berpotensi untuk melakukan jenayah ini,”
katanya lagi. - 29 Mei 2019.