t>

Breaking News

Berkumur Dengan Betul Untuk Elak Tertelan Dan Batal Puasa..

Oleh : Iqbal Rosali

BERKUMUR DENGAN BETUL ELAK TERTELAN DAN BATAL PUASA

Berkumur dengan ubat kumur tidak akan membatalkan puasa selagi mana tidak ditelan.


Berkumur boleh membasahkan mulut kerana mulut agak kering semasa berpuasa dan mengeluarkan bau yang kurang enak.


Berkumur dengan betul boleh mengelakkan dari tertelan dan tidak risau membatalkan puasa.

 
Pertama, apabila berkumur, tidak perlu berlebih-lebihan. Jika menggunakan ubat kumur, sukatannya cukup 15-20 ml atau setengah penutup botol. 

Sama juga jika gunakan air kosong. Tidak perlu gunakan sehingga penuh satu cawan atau penuh ditadah tapak tangan.

Kedua, semasa berkumur, tolak air/ubat kumur ke kiri dan kanan pipi serta ke bahagian bibir. 


Ingat, tidak perlu mendongak tinggi. Untuk bahagian belakang mulut, cukup dengan angkat kepala sikit sahaja. Buat bunyi 'aahhh' kira-kira 4-5 saat. Cukup.


Mendongak ini tidak buat pun tidak mengapa. Jika berlebihan, dikhuatiri tertelan. Kuantiti memainkan peranan di sini.

Ketiga, ludahlah. Bilas mulut jika perlu. Tidak perlu risau saki baki di dalam mulut selepas berkumur. Saki baki di dalam mulut tidak akan membatalkan puasa. Mulut tetap akan basah. Yang penting, jangan berlebihan semasa berkumur.

Rujukan:


1. Irsya Al-Fatwa Khas Ramadan Siri Ke-91: Berkumur Dengan Mouth Rinse Gargle
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
2. Garis Panduan Berpuasa bagi Pesakit
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)