t>

Breaking News

Masuk ICU Gara-Gara Letak Minyak Motor Kat Gigi Sakit..

Lebih sanggup letak minyak motor daripada mendapatkan rawatan pakar!

Seorang lelaki hampir sahaja mati apabila nanah di kawasan giginya yang sakit semakin membesar dan memasuki sistem saraf. 

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang doktor bagi memberikan pengajaran kepada semua, terutamanya yang suka melewat-lewatkan rawatan gigi meskipun dah sakit teruk. Ataupun yang suka-suka memilih rawatan alternatif yang merepek-merepek, seperti minyak brek motor misalnya.

Bacalah;

Oleh : Happy Wee

Inilah kisah benar sakit gigi letak minyak brek motor.. Sampai masuk ICU.


Consent untuk health promotion and awareness diambil dan pesakit memberi kebenaran untuk post di media social untuk KESEDARAN semua rakyat Malaysia begitu bahayanya penyakit pergigian yang tidak di rawat dengan betul. 


Dia kata banyak orang tak tahu gigi pun boleh jadi macam ni.

Begini ceritanya;

Encik ini sakit gigi dah bertahun, tapi awal tahun ni sakit semakin teruk, jadi letak lah dia minyak brek motor. Kali pertama, sakit tu hilang.


Selepas berapa minggu berlalu, sakit pulak gigi geraham atas tu, sekali lagi dia letak minyak brek. Tapi tak berkesan, gusi pun bengkak. Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ni pergi jumpa doktor perubatan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Selama Seminggu makan ubat, tak berkesan (antibiotic resistant??) bengkak semakin membesar, selama 4 hari simpan dan tak tahan, baru encik ni pergi jumpa doktor gigi. Masa itu muka bengkak macam 2 biji kepala dah. Kita panggil facial cellulitis. Dengan segera doktor gigi refer kepada HRPZ II untuk emergency kes encik ni.

Masuk wad hari kedua, bengkak semakin besar, nanah penuh dalam muka. Jadi kita decide untuk cabut gigi dan buat incision and drainage(keluarkan nanah). Banyak nanah keluar weh... Hmmmm.😫😫😫🤮🤮🤮🤮


Dengan malangnya, hari ketiga, nanah yang berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan OTAk. Keaadan encik ni semakin teruk, dengan segera refer pakar pakar department lain, akhirnya pesakit ni di masuk ICU dengan diagnosa septic encephalopathy. Jangkitan yang boleh membawa kematian weh.. Don't play play. . Hmmmm. Stresss sangat team omfs/dental sebab jangkitan kuman encik ni.

Hari yang sama, pesakit ditolak ke dewan bedah untuk keluarkan nanah yang berlebihan. Fuhh, masih banyak lagi keluar..🤢🤢🤮🤮


Selama seminggu di ICU, keadaan encik ni semakin pulih. Ditolak ke ward biasa..

Begitulah ceritanya, sy post disini untuk kesedaran kawan kawan sekalian, kena buat routine checkup pergigian 6 bulan sekali. Gigi yang rosak perlu rawatan yang betul dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah. Sama jugak kes FAKE BRACES dan teeth whitening, gigi palsu, kena buat dengan dr gigi bertauliah. Kalau tak habis semua gigi anda.

KESEDARAN ITU PENTING. Jangan menyesal apabila terlambat.