t>

Breaking News

AWAS! Gejala Vape Kini Trending Di Sekolah..

Oleh : Shamsul Ramli

Vape dan apa-apa jenis e-cigg ni kan, mudarat dan celaka dia sebenarnya lebih besar daripada rokok.



Aku tak cerita pasal perokok-perokok dewasa yang beralih kepada vape dengan alasan untuk mengurangkan atau untuk berhenti terus dari merokok. Walau pun sebelum ini aku pernah tulis yang vape sebenarnya tidak membantu pun perokok untuk berhenti merokok.

Ini cerita pasal perokok muda, budak-budak baru nak up ni. Budak-budak sekolah, bermula dari sekolah rendah pun.

Cikgu-cikgu sekolah pun dah naik pening sebenarnya. Kes-kes rokok nampak macam sudah berkurangan tapi kes vape pula yang meningkat. Rupa-rupanya kes vape ini tengah 'trending' di sekolah. Dan juga luar sana, di kalangan perokok muda. Ya anak-anak kecil kita.


Meh aku bagitau sikit kenapa.

1. Lebih mudah dibawa dan senang disorok


Dengan saiznya yang kecil malah sekarang sudah ada e-cigg yang saiznya lebih kecil dari sebatang pen. Design pun pelbagai, kalau sekali pandang tak tau pun ianya adalah sejenis vape atau e-cigg.

Kau fikir mana lebih mudah untuk disimpan dan disorok berbanding rokok?

Rokok kalau beli kotak besar lagi susah nak sorok. Kalau beli batang-batang, silap letak habis penyek!

2. Kurang berbau dan kurang berasap

Kalau nak hisap rokok kau kena bakar. Dah bakar kau kena la pegang sampai rokok tu habis dihisap. Kalau kau tak hisap pun, bara dia tetap mengeluarkan asap dan bau.

Berbanding dengan vape. Kalau tak hisap ianya tidak berasap dan tidak berbau. Kau boleh sorok dalam poket. Tengok kiri tengok kanan, line clear, kau hisap. Lepas tu kau sorok balik dalam poket.
Mudah bukan!

3. Lebih sedap dengan pelbagai perisa

Ya memang menarik la kan, sebab ditawarkan dengan pelbagai perisa. Termasuk la perisa buah-buahan. Memanglah lebih sedap berbanding rokok yang pure tembakau tu.

Bila ada pelbagai perisa ini, kita pun rasa lebih santai dan 'selamat.

"Alah ini bukan rokok, bukan tembakau. Ni rasa buah-buhan je kot."

Itu antara alasan yang biasa budak-budak ni bagi.


4. Ada 'promosi' dari orang dewasa

Ya benda ini pun satu hal yang real juga sebenarnya. Malah menjadikan anak-anak ini sebagai agen jualan pun ada. Perisa untuk percubaan ada yang diberi secara percuma. Vape untuk disewa pun ada, cuma perlu beli perisa sahaja.

Aduh, orang dewasa sepatutnya bertindak sebagai pelindung, bukan penjahanam.

Mengapa dijadikan anak-anak kecil ini sebagai sasaran untuk mengaut keuntungan?

5. Dakyah 'vape lebih selamat dari rokok'
Ini dakyah yang paling jahanam sebenarnya. Bila kita mula menjustifikasi bahawa vape itu lebih selamat berbanding rokok. Maka tertanam dalam minda anak-anak kita.

Sambil mereka mencuba vape sambil mereka berfikir: "alah, vape je pun. Bukan teruk macam rokok pun. Bukan bahaya macam rokok pun."

Tak, ini bukan aku reka-reka. Ini aku dengar sendiri dari budak-budak sekolah. Bila aku jelaskan pada mereka, baru mereka tau:"oooo saya ingat vape selamat."

"Selamat kepala hotak kau!"

Kata aku dalam hati la...

Tapi biasanya aku akan terangkan baik-baik.
Aku katakan tidak. TIDAK!

Vape tidak lebih selamat dari rokok. Malah kajian medikal terkini telah membuktikan kalau ianya tidak sama bahaya dengan rokok pun, mudaratnya adalah lebih!

See, budak-budak ni sebenarnya minda polos lagi. Pedoman mereka adalah kita, orang-orang dewasa ini.

Kalau kita kata bahaya, bahaya la kata mereka.

Kalau kita kata selamat, selamat la kata mereka.

Kalau kita berkeras melarang mereka, kawal mereka, nasihat mereka, beri maklumat yang sebenar. Insha Allah mereka faham, mereka sedar, mereka menurut.
Bukan dengan memberi mereka maklumat yang salah. Bukan membiarkan mereka terus hanyut. Bukan menggalakkan lagi perbuatan mereka yang tidak betul.

Ingat. Vape itu bahaya!

Vape tidak pernah lebih selamat dari rokok!
Hentikan vape di kalangan remaja dan anak-anak kita!

Selamatkanlah mereka dari vape!

Itu kita kena usahakan mulai hari ini.

#ProjekHasut