t>

Breaking News

Najis Burung Punca Murid Sesak Nafas Di Pasir Gudang, Netizens Pertikaikan Kajian..

SOSMED | Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dipetik sebagai berkata najis burung mungkin antara yang menjadi faktor kenapa beberapa pelajar sekolah mengalami masalah sesak nafas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.

Kenyataannya itu dilaporkan oleh portal Berita Harian hari ini dan menimbulkan kemarahan netizens. 


Sesetengahnya pula bertindak menyindir kenyataan itu.

Sindrom salahkan binatang pula..




Maknanya kilang tak salah langsung??



Kenyataan oleh Mohd Khuzzan Abu Bakar itu dibayangkan netizens cubaan menyorok perkara sebenar dan melindungi kilang yang melanggar peraturan.

Berikut laporan berita penuh;

Pencemaran najis burung merpati mungkin antara faktor sampingan yang menyebabkan insiden gangguan kesihatan, termasuk sesak nafas dan muntah, di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata tinjauan pihaknya mendapati beberapa kelas di tingkat atas sekolah itu terpaksa ditutup akibat masalah najis burung berkenaan.
“Masalah najis dan hama burung di kelas tingkat atas bangunan sekolah ini agak serius.

“Ia mungkin antara faktor setiap hari (kerap), ada kejadian murid mengalami simptom sesak nafas dan muntah di sekolah ini,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di sekolah itu, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan; Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahudeen Abd Aziz; dan Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort, Padzlan Monthel.

Sebelum ini, media melaporkan sembilan kes baharu sesak nafas dilaporkan di sini, semalam setakat jam 12 tengah malam, membabitkan lapan pelajar dan seorang guru dari empat sekolah termasuk SK Tanjung Puteri Resort, yang dirawat sebagai pesakit luar.

Justeru, Mohd Khuzzan meminta Kementerian Pendidikan menyegerakan kerja membersih dan memperbaiki bumbung sekolah berkenaan bagi menghalang kemasukan burung merpati.

Sementara itu, Dr Selahudeen berkata, najis burung merpati berbahaya kepada kesihatan, terutama kanak-kanak, dalam jangka panjang kerana boleh menyebabkan masalah pernafasan berpunca daripada penyakit berkaitan paru-paru.

Dalam pada itu, Aminolhuda berkata, wakil Kementerian Pendidikan sudah meninjau masalah pencemaran najis burung itu yang berlarutan sejak kira-kira lima tahun lalu, dan kerja baik pulih dijangka dilakukan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai pelajar sekolah yang menjadi mangsa pencemaran udara di kawasan ini pula, Aminolhuda berkata, selain rawatan kesihatan, pihaknya turut memberi tumpuan terhadap aspek psikologi mangsa.

“Semua kaunselor sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarahkan untuk membantu murid yang pernah menjadi mangsa supaya dapat mengatasi masalah kebimbangan, panik dan trauma.

“Malah, kaunselor dari PPD Johor Bahru juga diarahkan membantu sekolah di Pasir Gudang,”
katanya. - 23 Julai 2019.