t>

Breaking News

Netizens Berterusan Kecam Orang Kelantan, Kali Ini Kisah Curi Wain, Bakar Green House Di Korea.

SOSMED | Nampaknya sejak akhir-akhir ini Kelantan dikecam netizens kerana terlibat dalam beberapa kes yang dianggap merosakkan imej negeri itu.

Bermula dengan kes pijak Alquran, kes cikgu diserang dan cikgu pukul polis hinggalah kepada kes kucing jumpa bayi yang dibuang.

Kes Sultan Kelantan tak mengaku anak juga diperkatakan pelbagai pihak.

Kes Sultan Kelantan mendapat liputan media tempatan dan media antarabangsa berikutan Oksana masih beranggapan beliau isteri kepada Sultan Kelantan meskipun wakil Sultan Kelantan menjelaskan Oksana telah dicerai talak tiga pada Jun 2019.

Bukan sahaja menafikan perceraian bahkan Oksana berkata "darah orang Malaysia" mengalir di tubuh anaknya itu. Oksana kini tinggal di sebuah appartmen di Rusia. Menurut laporan DailyMail, Sultan Kelantan memberikan rumah itu kepada Oksana, bekas isterinya.

Laporan itu juga menyebut Oksana menafikan perceraian kerana tidak berada di Singapura pada tarikh yang dinyatakan beliau bercerai.

Dalam kegelutan wakil Sultan Kelantan bertegas berkata Oksana dicerai talak tiga kerana meragui status anak yang dikandung Oksana, dan Oksana bertegas masih isteri Sultan Kelantan, kini tular satu lagi insiden yang membabitkan orang Kelantan.

Kali ini kisah tersebut dilaporkan berlaku di Korea. 

Menurut individu yang dikenali sebagai Alfren, sekumpulan pekerja Malaysia yang berasal dari Kelantan telah melakukan hal yang memalukan rakyat Malaysia sehingga diburu polis Korea. 

Menurut Alfren tindakan sekumpulan pekerja yang berasal dari Kelantan itu telah merosakkan imej pekerja Malaysia.

"Nama Malaysia sedang harum di Korea disebabkan banjingan Kelantan ini. Jika ada budak Kelantan dari Korea tidak puas hati dengan kenyataan saya ini. Sila pergi Gwangju cari saya," katanya.

Pekerja-pekerja dari Kelantan itu didakwa telah mencuri wain berharga 1.2j, iaitu wain vintage. Selepas ditanyakan oleh boss, kesemua mereka tidak mengakui telah mencuri wain itu. Boss kemudiannya telah bertindak memotong gaji mereka. Berang dengan tindakan itu, lalu mereka pun membakar GreenHouse milik boss mereka. Pekerja dari Sabah turut dibelasah, memetik perbualan tangkaplayar WhatsApp yang tular itu. 


Bagaimanapun kisah tersebut tidak mempunyai sebarang perkembangan susulan sejak disebarkan sejak isnin lepas.

Berbalik kepada tajuk asal, tidak dapat dipastikan kenapa sentimen anti dan mengutuk apa sahaja perkara negatif berkaitan Kelantan menjadi begitu menebal sejak akhir-akhir ini.

Berbanding beranggapan kesalahan individu adalah kesalahan individu, sesetengah dari mereka lebih terarah pukul rata apa sahaja perkara buruk berkaitan Kelantan. - 24 Julai 2019.