t>

Breaking News

Sejak 1948, Sekolah Finland Dah Bagi Makanan Percuma Untuk Semua..

Oleh : Saiful Islam

Sekolah-sekolah di Finland menyediakan makan tengah hari percuma untuk semua murid semenjak 1948, dan menjadi negara pertama di dunia melakukannya.


Pada masa ini, kira-kira 850 ribu murid menikmatinya setiap hari, manakala 47 ribu lagi menikmati snack percuma bagi yang mengikuti aktiviti sebelum atau selepas waktu persekolahan.

Makanan percuma di sekolah Finnish adalah alat pedagogi untuk mendidik mengenai nutrisi dan tabiat pemakanan yang baik. The Basic Education Act menyatakan bahawa setiap murid yang ke sekolah mestilah disediakan makanan berkhasiat secara tersusun dan diselia, dengan makanan seimbang yang percuma setiap hari persekolahan. Makan tengah hari ini juga adalah sebahagian daripada integrasi kurikulum induk nasional untuk pendidikan kesihatan, nutrisi, serta adab sopan dalam bersosial. Melalui rutin makan tengah hari percuma ini, sistem pendidikan Finland juga mahu murid-muridnya dapat berehat dan makan dengan tenang, berehat daripada aktiviti pembelajaran di bilik darjah.

Anak orang kaya, orang miskin, semua belajar makan makanan yang sama, bersama-sama. Cikgu juga makan bersama murid makanan yang sama.

Semasa cuti musim panas, ada beberapa NGO yang mengusahakan makan tengah hari percuma yang diedarkan di taman-taman permainan kerana tanpa makan tengah hari di sekolah, ada kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati makanan panas kerana ada ibu bapa yang tidak menyediakannya di rumah mereka.

Syabas Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif ini. Didoakan semoga perlaksanaannya nanti lancar, dan mencapai objektif murni yang telah dinyatakan.

#sistempendidikanfinland