t>

Breaking News

Pegawai Penyelidik PAS Selar Wong Yan Ke Biadap, Kaitkan Dengan DAP.

Oleh : Syed Ahmad Fadhli

Siapa Yang Biadab?

Perbuatan biadab mahasiswa UM, Wong Yan Ke di atas pentas konvokesyen dengan membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia” telah dikecam oleh banyak pihak.

Ironinya, perbuatan biadab itu dibela dan dipertahan pula oleh DAP.


Atas nama kebebasan bersuara pada era Malaysia Baru ini, mereka saban hari melanggar batas dan sempadan dalam menyuarakan protes.

Siapa yang mendidik, mengasuh, dan membela perbuatan melampau sebegini.?

Tidak lain dan tidak bukan ialah parti peneraju utama Kerajaan PH sendiri iaitu DAP.

Di mana buktinya?

1) Semalam, Pemuda DAP mengeluarkan kenyataan mendesak Naib Canselor UM meletak jawatan atas isu protes yang dibuat oleh mahasiswa Wong Yan Ke dan Edan Kon Hua En

2) Hari ini, pemimpin ulung sanjungan tertinggi PAN, Lim Kit Siang pula yang bersuara. Dia mahu Naib Canselor UM menarik balik laporan polis yang dibuat oleh universiti itu terhadap aktivis pelajar Wong Yan Ke atas alasan universiti tidak boleh mengamalkan taktik membuli dan menggunakan pendekatan keras serta berdendam.

Inilah ajaran politik melampau DAP.

Protes tanpa kenal erti sempadan dan adab.

Hak kebebasan bersuara disalahguna.

Lim Kit Siang ini Perdana Menteri ke?

Lim Kit Siang ini Menteri Pendidikan ke?

Siapa dia nak bagi arahan kepada Naib Canselor Universiti?

Inilah realiti yang sedang berlaku dalam Kerajaan PH.

DAP menjadi tunjang Big Boss PH

Kalau tidak, bagaimana anak Lim Kit Siang yang memegang jawatan Menteri Kewangan boleh masuk campur hal urusan PDRM yang berada di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri?