t>

Breaking News

Tarik Balik Ijazah Wong Yan Ke Bercanggahan Dengan Perlembagaan UM.

Oleh : ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI

TARIK BALIK IJAZAH , BIAR BETUL?

Sejak semalam, viral isu Wong Yan Ke protes semasa Convo UM. UM keluar statement mengatakan laporan polis telah dibuat. Hari ni, keluar pula satu petisyen mendesak UM untuk tarik balik ijazah Wong Yan Ke. 


Aku tak nak ulas aksi dia. Adab lah apa lah, what the fish ?
Apa yang menarik perhatian aku, isu Tarik balik ijazah. 


Apakah begitu senang untuk tarik balik ijazah? Ijazah itu bukan hanya sekeping kertas , tapi hasil titik peluh seseorang menghabiskan pengajian selama 3tahun atau lebih.

Walau apa pun petisyen yang dibuat, walau berapa ribu orang sign petition tu, sesebuah Universiti seperti UM kena ikut undang-undang. Mai abam nak kongsi ilmu sikit. Kalau salah tolong tunjukkan 😉.

Mengikut Item 53 , Jadual Pertama Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Sebab aku tak jumpa perlembagaan UM, aku guna Jadual ni sebab mengikut AUKU, Perlembagaan UM telah menggunapakai jadual ni dan tak boleh bercanggah dengan Jadual ni), Hanya ada dua situasi di mana sekeping Ijazah itu boleh ditarik .

1. Situasi pertama : Apabila seseorang itu didapati bersalah melakukan jenayah BURUK di Mahkamah dalam atau luar negara. Untuk situasi ni, pertama, Yanke kena dibuktikan bersalah dulu di Mahkamah, laporan polis saja tak memadai untuk tarik ijazah dia. Kedua, AUKU menggunakan perkataan JENAYAH BURUK, Jadi walaupun satu hari dia didapati bersalah, pihak UM perlu beri justifikasi bahawa kesalahan dia itu adalah satu jenayah yang buruk, baru boleh tarik ijazah dia. Bukan main main nak tarik.

2. Situasi Kedua : apabila lembaga pengarah berpuas hati bahawa Yan Ke telah melakukan “scandal”. Scandal dalam konteks ini agak “vague” tetapi 53(2) memberi bayangan maksud scandal itu sebagai tipu muslihat untuk mendapatkan ijazah tersebut. Aku tak boleh nak fikir macam mana protes Yan Ke ini boleh tergolong sebagai SCANDAL.

Jadi kesimpulannya, untuk aku, mengikut undang-undang, as it stands, ijazah Yan Ke tak akan dapat di tarik balik, melainkan ada yang boleh buktikan kepada aku sebaliknya.

Peace yo!