t>

Breaking News

Amerika Batalkan Larangan Ke Atas Vape.

ULASAN | Donald Trump kini teragak-agak mahu mengharamkan vape selepas kajian CDC mengesahkan punca kematian 26 penghisap vape adalah disebabkan salahguna dan bukannya kerana vape itu sendiri.

Maksud salahguna disini merujuk kepada cecair ataupun warga Amerika menyebutnya sebagai e-juice yang dicampurkan dengan larutan THC dan Vitamin E asetat bagi mendapatkan sesuatu kesan - seperti ketagihan dan keenakkan menghisap vape.

NGO dan beberapa pihak termasuklah pengkritik dan anak perempuan Donald Trump dilihat condong kepada pengharaman vape sepenuhnya di Amerika.

Hujah yang mereka gunakan bagi melobi pengharaman vape ialah;

1. 5 juta anak muda Amerika kini terjebak dengan vape

2. Untuk rekod, Apple telah menarikbalik semua jualan vape dan cecair secara online kerana tidak mahu platformnya digunakan oleh anak muda bagi membeli vape. Khususnya yang TIDAK MEROKOK.

3. Kecenderungan ia disalahguna disebabkan tiada pemantauan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan UK.

Oleh kerana insiden salahguna kini telah direkodkan dan berlakunya kematian maka laungan agar vape diharamkan semakin kuat dan mendesak.

Namun bagi Donald Trump, Presiden Amerika itu dilihat enggan bersetuju dengan pengharaman e-rokok.

Trump dikatakan enggan menandatanggani kelulusan akhir, yang mana klausanya merujuk kepada pengharaman hampir kesemua jenis perisa vape di pasaran Amerika. 

Hampir 2 bulan momentum anti vape dibina bagi melobi White House agar e-rokok diharamkan sebahagiannya kalau pun tidak sepenuhnya. Namun kajian terbaru dari CDC menganggugugat momentum itu.

Bagi pengkritik, keengganan Presiden Amerika itu menandatanggani pengharaman vape mungkin ada kaitan dengan kempen #IVapeIVote yang semakin mendapat sokongan.


Kehilangan sokongan akan menyebabkan masa depan Trump terumbang ambing dan Trump tidak mahu mengambil sebarang risiko akan kehilangan pengundi terutamanya dikalangan pengundi muda.

Bagi penganalisis politik pula, mereka beranggapan ini mungkin ada kaitan dengan peniaga vape yang mungkin terjejas dan pekerja yang akan kehilangan kerja jika vape diharamkan secara mendadak.

Trump dilaporkan akan berjumpa dengan beberapa pihak yang terlibat dalam industri dan mendengar pandangan mereka. Trump juga dilaporkan akan bertemu dan mendengar pandangan semua pihak samada pro mahupun anti vape bagi mendapatkan pandangan sebelum membuat keputusan samada vape akan diharamkan ataupun tidak.

Sebagai rekod, agensi kesihatan Amerika telah membatalkan larangan ke atas vape. - 20 November 2019.

Sumber : https://www.voanews.com/usa/us-politics/trump-backing-banning-vaping-flavors-popular-teens