t>

Breaking News

Samseng Jalanan Audi Putih Ditahan Polis Selepas Buli Wanita Mengandung Atas Jalanraya.

SEMASA | PDRM mengesahkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang juga pemilik kepada Audi berwarna putih telah ditahan pasukan itu selepas tersebarnya beberapa rakaman video yang menunjukkan aksi lelaki itu menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita mengandung yang berusia 26 tahun pada Jumaat lepas.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, bertindak atas laporan polis yang dibuat mangsa Jumaat lalu, sepasukan polis menjalankan siasatan termasuk meneliti kenderaan digunakan suspek.

“Hasilnya, kita berjaya menahan suspek lelaki berusia 27 tahun di sekitar Permas Jaya pada 12 tengah hari tadi.

“Penahanan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan,”
katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Terdahulu tular 5 rakaman video yang mendakwa seorang lelaki telah menahan kenderaan seorang wanita mengandung kerana berang wanita itu tidak memberikannya laluan untuk menukar lorong.



Lelaki itu juga mengesahkan kenderaannya tidak memberikan signal untuk menukar laluan.

"Salam min.. Tolong viralkan driver Audi biadap ni.. Nak tukar lorong tak bagi signal lepas tu block kereta wife saya secara bahaya dan memaki serta tunjuk isyarat lucah pada wife saya.. Report polis dah buat.

Cuma mohon pada semua yang lalu area Giant Plentong hati-hati dengan kereta Audi putih plat nombor "JMG 330" ni. Untuk makluman wife saya tengah pregnant 7 bulan.. Semoga Admin boleh membantu..

Report dah buat cuma belum ada action dari polis. Mintak maaf sebab wife saya terkasar bahasa sebab trauma sangat..

Ada 5 video semuanya bermula dari sebelum terjadi dan berakhir selepas kejadian. Anda boleh menonton dan membuat penilaian sendiri,"
katanya, memetik status Facebook Negeri Sembilan Kini.

Dalam video tular itu, kelihatan pemandu wanita itu melalui Jalan Johor Jaya berhampiran Giant Plentong sebelum tiba-tiba dipintas Audi putih yang kemudiannya memberhentikan kereta.

Seorang lelaki kemudiannya keluar dari Audi itu dipercayai berhampiran Shell Plentong sambil berkata "Bengong, tau bawa kereta tak tau..." menyebabkan wanita itu turut membalas dengan mengatakan hanya memandu di lorongnya.

Lelaki itu kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar. - 12 November 2019.