t>

Breaking News

Tukar Vernakular Jadi Kebangsaan, "Saya Belum Kalah Lagi," Kata Peguam Kepada Masyarakat Cina.

SEMASA | Peguam Putra, Buzze Azam ataupun nama sebenarnya Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz meluahkan kekesalannya ke atas media cina berikutan kegagalan mencabar kewujudan Sekolah Aliran Vernakular adalah bercanggahan dengan perlembagaan negara.




"Kesemua Akhbar Cina meraikan kejayaan palsu "kemenangan" mereka di Mahkamah Persekutuan semalam berkaitan isu Sekolah Vernakular. Tak Mengapa lah, ini semua propaganda perkauman. Mereka ada media cetak. Saya ada media Facebook dan Whatsapp yang jauh lebih berpengaruh. Cabaran terhadap keabsahan Sekolah Vernakular ini masih belum berakhir.

Yang berakhir semalam di Mahkamah Persekutuan sahaja apabila Mahkamah enggan membicarakan kes ini mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan. Yang belum di failkan adalah cabaran di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan di MAHKAMAH TINGGI MALAYA.
Isu merit permohonan juga belum di Bicarakan dan di putuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Jadi kes ini belum berakhir. Ia baru bermula. Jadi tak ada isu siapa menang siapa kalah lagi semalam.

Kalau kamu nak bagi Harapan palsu kepada pembaca kamu utk meraikan kejayaan palsu kamu semalam, itu kamu punya pasal. Yang aku punya pasal adalah aku sedang siapkan dokumen saman untuk di failkan di Mahkamah Tinggi pula," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Buzze Azam juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beranggapan beliau mahu sekolah vernakular ditutup.

Buzze sebaliknya memasang harapan agar semua sekolah aliran vernakular ditukarkan menjadi sekolah kebangsaan yang menjiwai semangat perpaduan 1 Sekolah, 1 Bahasa dan 1 Negara.

"Saya bukan mahu semua Sekolah Vernakular ini ditutup. Kasihan kepada ribuan murid dan guru yang sedang bersekolah di situ.

Saya mahu semua Sekolah jenis kebangsaan di tukar status menjadi Sekolah Kebangsaan. Nama Sekolah diKebangsaankan.

Bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah berkenaan di kebangsaankan

Mata pelajaran bahasa mandarin dan Tamil di ajar dalam kelas mengikut waktu pembelajaran subjek agama Islam.

Mata pelajaran dalam kurikulum Kebangsaan semua di ajar dalam bahasa kebangsaan.

Ini yang saya mahu.

1 Sekolah 1 bahasa 1 Negara,"
jelasnya.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyampaikan rasa terima kasih kepada Pejabat Peguam Negara kerana berjaya menafikan permohonan untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular di Malaysia.

"Mahkamah menolak permohonan mencabar keabsahah sekolah vernakular di Malaysia hari ini. Terima kasih AGC," katanya di Facebook semalam.
- 12 November 2019.