t>

Breaking News

Polis Buru Penyebar #FakeNews #Coronavirus Di Malaysia.

SEMASA | Nampaknya kegiatan menyebarkan fake news berkaitan wabak wuhan semakin serius di Malaysia.

Terbaru terdapat dakwaan yang kononnya seorang pelancong China maut di dalam bas ketika berada di Malaysia kerana jangkitan 2019-nCov.



Apakah kisah sebenarnya?


1. Lelaki yang mati itu adalah pelancong dari Singapura.


2. Berusia 78 tahun.


3. Lelaki itu meninggal dunia kerana serangan jantung.

4. Berikut adalah maklumat dari pihak polis;

* Polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang Pegawai Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, kira-kira jam 7.05 pagi semalam bagi memaklumkan kejadian.

* Si mati seorang lelaki warga Singapura berusia 78 tahun tidak sedarkan diri di dalam bas pelancong yang berhenti di hadapan kaunter Imigresen di situ untuk pemeriksaan pasport.

* Siasatan awal di tempat kejadian mendapati si mati bersama isteri, yang juga warga Singapura yang berumur 68 tahun menaiki bas pelancong itu sedang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Genting Highlands untuk melancong.

* Ketika bas berhenti di pusat pemeriksaan pasport Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, tiba-tiba si mati mengadu sakit dada dan berasa kurang selesa kepada isterinya.

* Pemandu bas kemudian memaklumkan kejadian ke kaunter Imigresen sebelum pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia akibat serangan jantung dengan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)untuk bedah siasat.


Dalam perkembangan berkaitan, Polis juga mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu membabitkan #coronavirus mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - 27 Januari 2019.