t>

Breaking News

Rangkuman #FakeNews #Coronavirus #WabakWuhan

VIRAL | Berikut adalah rangkuman berita palsu yang membabitkan Wabak Wuhan di Malaysia. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat tepat yang disahkan.

1. Warga China maut atas bas kerana #coronovirus. Palsu.

Penjelasan :



2. Pelancong China dari Wuhan masuk beramai-ramai ke Langkawi kerana nak lari dari kawasan wabak. Palsu.

Penjelasan : Penerbangan pada 17 Januari 2020. Dan kesemua pelancong tersebut telah pulang pada 21 Januari 2020. China hanya umumkan lockdown Wuhan pada 23 Januari 2020. Dan travel bans pada 25 Januari 2020.


Laporan BERNAMA;

Sebuah agensi pelancongan menafikan dakwaan kononnya gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan ratusan warga China tiba di pulau ini kerana lari daripada wabak koronavirus yang dialami di negara itu.

Pengurus Pemasaran Fantastic Tour Sdn Bhd, Mohd Fadhil Kamaruddin berkata, gambar yang tular itu sebenarnya adalah ketibaan penumpang dari Nanjing, China pada 17 Januari lepas melalui agensi pelancongannya.

"Seramai 180 penumpang dari Nanjing tiba di Langkawi pada jam 6 pagi, 17 Januari lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menerusi penerbangan sewa khas menggunakan pesawat Malindo Air.

"Mereka berada di sini selama lima hari hingga 21 Januari sahaja dan telah pun pulang. Itu gambar lama ketibaan penumpang pada 17 Januari," katanya kepada Bernama di sini semalam. (rujukan)

3. KPJ menerima pesakit #coronavirus pertama pada 25 Januari 2020. Palsu.

Penjelasan : Seorang doktor yang memuatnaik gambar keputusan ujian telah disalahfaham oleh netizens. Doktor di KPJ itu mahu menjelaskan koronavirus mempunyai beberapa jenis, namun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memuatnaik gambar tersebut dengan kapyen yang menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Doktor itu kemudiannya bertindak memadamkan post dan membuat kenyataan susulan. Rujuk sini.

4. Seorang banduan maut kerana makan limau mandarin yang dijangkiti virus #coronavirus. Palsu.

 


Penjelasan : ini adalah mesej palsu. Hoax. Kejadian tidak benar. (rujukan)

5. Pesakit pertama #coronavirus di Kuantan. Palsu.

Penjelasan : Tiada pesakit dikesan positif dengan jangkitan coronavirus baru di Kuantan seperti yang tersebar di media sosial.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Awang Ngah, berkata gambar keputusan ujian makmal mendakwa pesakit positif 2019-nCoV yang tersebar ialah imej palsu.

Gambar berkenaan dikatakan hasil ujian sampel pesakit di sebuah hospital swasta di sini. (rujukan)

6. Paparan imej semua negara telah membatalkan penerbangan ke/dari China kecuali Malaysia. Palsu.



Penjelasan : Ia adalah imej troll tetapi terdapat pihak yang beranggapan ia fakta lalu menyebarkan seolahnya benar.

7. Kes #coronavirus di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban. Palsu.

Penjelasan : Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Datuk Dr Zainudin Mohd Ali, berkata itu ada pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan berita tidak benar berkenaan.

“Saya ingin merujuk kepada maklumat yang tersebar di laman sosial mengatakan HTJ mempunyai kes 2019-nCov yang menular sekarang.

“Sehingga 26 Januari (semalam) HTJ Seremban tiada kes membabitkan 2019-nCov ataupun virus Wuhan.

“Di Negeri Sembilan secara keseluruhannya juga tidak ada kes terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. (rujukan)

8. Wabak Wuhan kini merebak di Ipoh.


Penjelasan : TIADA penularan wabak koronavirus di Ipoh seperti yang tular di media sosial, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengulas mengenai penyebaran dakwaan berkenaan yang turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tiada koronavirus di sana,” katanya kepada Harian Metro. (rujukan).

9. #Koronavirus dah sampai Pulau Pinang. Palsu 




Penjelasan : Mesej ada kes jangkitan 2019 Novel #Coronavirus di Hospital Seberang Jaya seperti yang tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak semalam tidak benar - Exco Pulau Pinang.

10. 5 suspek #coronavirus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Penjelasan :  





11. Senarai beberapa kawasan sekitar Selangor mulai dijangkiti wabak Wuhan. Palsu.



Penjelasan : Ia adalah mesej berantai dan disahkan palsu.

12. Lelaki terlantar di wad kerana #koronavirus. Palsu.

Penjelasan : KKM sahkan tiada kes seperti dakwaan tular itu.




13. #Koronavirus dah tiba di Melaka. Palsu.


Penjelasan : Kerajaan Negeri hari ini menafikan sebarang kes 2019 Novel Koronavirus berlaku di Melaka sehingga kini seperti yang ditularkan dalam media sosial, sejak semalam.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong berkata walaupun pada awalnya terdapat kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia tujuh tahun yang didakwa mempunyai simpton koronavirus namun ia disahkan negatif setelah menjalani ujian di Hospital Kuala Lumpur pada tiga hari lepas.

"Kita menerima laporan bahawa terdapat seorang kanak-kanak warga China yang berada di negeri ini mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Ayer Keroh kerana demam pada 24 Jan sebelum diminta pihak klinik merujuk ke Hospital Melaka tetapi keluarganya enggan berbuat demikian.

"Bagaimanapun, keluarga kanak-kanak itu membawanya ke Hospital Kuala Lumpur pada hari sama untuk mendapatkan rawatan dan menjalani ujian pengesahan tetapi ia adalah negatif Koronavirus," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. (rujukan)




 

14. Jangkitan #coronavirus merebak di Shah Alam. Palsu.

Penjelasan : KKM sahkan tiada kes seperti yang ditularkan. Apa yang berlaku, perempuan yang berusia 20 tahun itu rebah secara tiba-tiba dan disahkan telah meninggal dunia. Jenazah juga sudah dikebumikan pada pagi Isnin.


15. Kanak-kanak China dijangkiti #koronavirus di Kemaman.


Penjelasan : Kanak-kanak tersebut mempunyai tanda seperti demam dan selsema tetapi tidak termasuk dalam kriteria kerana tidak mengunjung Wuhan dan sememangnya menetap di Malaysia kerana ibu dan bapanya bekerja di projek ECRL. Mereka telah berada di Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.



16. Pelancong China masuk beramai-ramai melalui kapal persiaran di Pulau Pinang, bimbang wabak wuhan merebak. Palsu.

Penjelasan : Seramai 1,209 warga China yang masuk ke Pulau Pinang melalui Jeti Swettenham, di George Town dengan sebuah kapal persiaran pada 6.15 pagi hari ini disahkan bebas 2019 novel koronavirus.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud berkata kesemua pelancong itu transit di negeri ini sebelum belayar ke destinasi seterusnya ke Phuket, Thailand pada jam 5 petang semalam. (rujukan).
17. Semua poster-poster yang memetik kenyataan Lim Guan Eng dan Tun Mahathir seperti berikut adalah palsu.




18. Kenyataan Dr Dzul seperti tersiar di blog Bahnews.org adalah palsu.

 
19. Kesemua sebaran dibawah ini adalah palsu.


20. Malaysia terima pelarian #koronavirus - CNN. Palsu.

Penjelasan : Berita lama yang ditularkan semula.


 
Kemaskini akhir 28 Januari jam 3.20 petang.