t>

Breaking News

Galak Berpakaian Perempuan, Sajat Kini Ditahan Di Jeddah Dakwa Veteran UMNO.

SEMASA | Sejak Sajat menyebarkan gambarnya bertelekung dan bertudung di tanah suci Mekah, lelaki itu terus menerima kecaman ramai pihak.

Visanya disebarkan netizens.


Dalam sebaran itu netizens mempertahankan kritikan mereka ke atas Sajat dengan membuktikan status jantina Sajat dalam visa adalah LELAKI. Tambahan pula dia mengenakan pakaian lelaki, kurta semasa berlepas ke Mekah. Ini bermakna Sajat menyedari dia tak dibenarkan untuk menyerupai seperti seorang perempuan oleh mutawwif yang membawanya ke Mekah. Jika tidak, Sajat boleh sahaja memakai jubah bukan? Mengapa dia memilih untuk memakai kurta? Kerana jubah lelaki dan wanita ada bezanya.

Sajat menjawab kritikan.

Sajat yang dikecam bertubi-tubi itu kemudiannya menjawab kritikan netizens andai beliau mempermainkan hukuman agama sudah tentu beliau akan mendapat bala dari Allah.


Sajat juga menegaskan tindakannya tidak bertudung ketika berada di lapangan terbang adalah kerana beliau sememangnya tidak bertudung selama ini dan hanya mengenakan tudung kerana perlu mengikut rukun ibadat.


Malangnya jawapan Sajat itu bukan sahaja tidak meredakan suasana sebaliknya netizens menjadi lebih marah kerana beliau menipu dan tergamak mempersendakan nasihat yang diterimanya.

Agensi travel tak mahu bersubahat.

PIHAK Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang mengurus umrah usahawan kontroversi Nur Sajat dan ahli keluarganya sudah mengambil tindakan susulan dan nasihat melalui Mutawwif yang bertugas di Makkah.

Albayt Travel dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi berkata, pihaknya juga sudah merujuk insiden Nur Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung itu kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, syarikat mereka memiliki lesen pengenalan pakej pelancongan membabitkan dalam dan luar negara termasuk pakej umrah.

“Kumpulan umrah khas oleh keluarga Nur Sajat dan rakan perniagaannya itu disertai sembilan orang iaitu tujuh dewasa dan dua kanak-kanak bersama seorang Mutawwif bermula 28 Januari lalu hingga 7 Februari ini.

“Lokasi kembara adalah Madinah, Makkah dan Jeddah menggunakan visa pelancong,” katanya.


Menurutnya, dari peringkat awal pendaftaran kumpulan itu, Albayt sudah memaklumkan kepada pihak pelanggan terdapatnya perbezaan pengurusan dan tatacara hukum hakam ibadah umrah serta ziarah sepanjang trip mereka.


“Pihak pelanggan mengakui faham akan hal itu berikutan status jantina yang mungkin akan menyentuh sensitiviti ramai dalam kalangan masyarakat Muslim.

“Oleh itu, pihak Albayt mengambil langkah yang penuh berhati-hati bermula penyusunan dokumen untuk pemprosesan visa, kursus pemantapan umrah khas dan sehinggalah soal yang menyentuh perihal ibadah sepanjang berada di sana (Makkah),”
katanya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut menitikberatkan kepada pelanggan adalah supaya tidak mempublisitikan percutian ibadah umrah mereka kepada umum melalui mana-mana saluran media berikutan kekhuatiran pihaknya, mungkin akan menyebabkan timbul ketidakselesaan segelintir dari masyarakat Muslim.

“Atas nasihat awal Albayt itu, pihak pelanggan bersetuju untuk mematuhi serta menghormati pandangan umum dengan tidak sesekali memaparkan sebarang bentuk visual kepada khalayak umum berkaitan hal yang boleh menyebabkan berlakunya salah tafsir.

“Namun apa yang terjadi ini adalah di luar jangkaan kami dan mengharapkan semua pihak jelas akan hal ini,”
katanya.



Mujahid tegur Sajat.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.


"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya.

Menurutnya agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad,35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.

"Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai yang terganggu dengan tindakan tersebut.

"Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya.

"Apabila di Makkah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita.

"Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita,"
katanya.

Mujahid berkata, pihaknya akan memanggil semua agensi pelancongan untuk memastikan perkara itu tidak berulang.

"Sudah tentu. Sepatutnya agensi ini yang perlu membuat penelitian supaya tindakan itu tidak menjejaskan sensitiviti," katanya.



Sajat ditahan dakwa pemimpin UMNO

Veteran UMNO, Zaharin Mohd Yasin mendakwa Sajat kini telah pun ditahan.


"Breaking News : Sajat ditangkap di Airport Jeddah kerana berpakaian perempuan," tulis di Facebook.


Menurut Zaharin beliau mendapat maklumat itu dari Konsul Malaysia yang berada di Jeddah. 


Ia turut disebarkan oleh Azmah, wanita yang mengaku pernah menjadi kawan baik kepada Muhammad Sajjad.




Terdahulu pengakuannya tentang Sajat menjadi sensasi di laman sosial.





Setakat ini belum ada mana-mana pihak dari kerajaan mahupun keluarga Sajat mengesahkan secara rasmi penahanan Sajat di Jeddah. - 3 Februari 2020.