Sakit Perut Lepas Minum Susu, Tak Semestinya Keracunan Makanan.
KESIHATAN | Pernah sakit perut tak selepas minum susu? Bukannya sekali tetapi kerap kali? Apa yang menghairankannya tu, orang lain minum susu yang sama, tak pula rasa memulas.
Tetapi bila kita yang minum, mula la perut rasa sakit dan ke tandas.
Kenapa agaknya ya?
Nah, Dr. Zubaidi ada jawapan untuk anda.
Oleh : Dr Zubaidi
SAKIT PERUT SELEPAS MINUM SUSU, TIDAK BERMAKNA KERACUNAN
"Doktor, apa beza keracunan dengan masalah lactose intolerance?"
Lactose intolerance atau intoleransi laktosa adalah ketidakmampuan seseorang untuk mencerna gula laktosa. Laktosa adalah jenis gula yang terdapat dalam susu dan produk susu. Pencernaan laktosa dilakukan oleh enzim yang disebut laktase. Laktase memecah laktosa menjadi dua bentuk gula yang lebih sederhana: glukosa dan galaktosa. Tubuh kemudian menyerap gula sederhana ini ke dalam aliran darah.
Intoleransi laktosa biasa terjadi di kalangan penduduk di Afrika, Amerika, Asia, dan Mexico, terutama pada kanak-kanak.
Orang yang mengalami masalah intoleran terhadap laktosa hanya perlu mengawal pengambilan susu dan produk tenusu, tetapi tidak perlu sampai berpantang.
Gejala intoleransi laktosa terjadi dalam jangka waktu 30 minit hingga 2 jam selepas pengambilan susu dan produk tenusu. Antaranya:
Sakit perut terutamanya rasa memulas
Kembung perut
Loya dan muntah
Cirit-birit
Kanak-kanak memiliki gejala yang sedikit berbeza:
Najis yg berbuih
Ruam gatal pada dubur dan kulit
Pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang perlahan
Masalah ini selalu dikelirukan dengan keracunan makanan akibat pengambilan susu.
Tanda-tanda keracunan makanan selalunya lebih teruk, seperti demam, cirit-birit yang teruk, rasa memulas yang keterlaluan dan selalu pesakit tidak mahu makan dan minum akibat loya dan muntah. Tubuh akan menjadi lemah.
Masalah ini mungkin berlaku akibat beberapa faktor.
1. Meningkatnya usia. Intoleransi laktosa biasanya muncul apabila usia meningkat. Sebab itu ada yg mengadu, "dulu saya boleh minum susu tetapi sekarang tak boleh sebab perut saya akan kembung".
2. Bayi yang lahir secara premature mengalami kekurangan enzim laktase karena usus mereka tidak matang.
3. Penyakit pada usus kecil. Masalah usus kecil yang boleh menyebabkan intoleransi laktosa berlaku termasuk pertumbuhan "bakteria jahat" yang berlebihan, penyakit celiac dan penyakit Crohn.
4. Rawatan kanser tertentu terutamanya rawatan radioterapi pada abdomen, boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat intoleransi laktosa.
Bagi yang mengalami masalah ini tidak harus berpantang dari mengambil susu dan produk susu tetapi tahu jumlah yang mereka selesa mengambil makanan tersebut berdasarkan gejala yang muncul setelah mengambil susu dan produk tenusu.
Mereka mungkin perlu mencari sumber kalsium dan vitamin D yang lain kerana tidak mendapatkannya dari sumber susu dan produk tenusu.
Kalsium dan vitamin D sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dan ibu hamil dan menyusukan anak, serta wanita menopause. Makanlah makanan yang kaya akan kalsium, seperti udang, brokoli, dan sayuran berdaun hijau, selain pengambilan pil kalsium.
Enzim laktase (berbentuk titisan atau kunyah) sudah ada di pasaran. Ada juga susu yang mesra kepada pesakit Intolaransi Laktosa.