t>

Breaking News

Isu Harta Abam - Kronologi Ali Puteh VS Alif Syukri.

SOSMED | Gara-gara menemubual balu arwah Abam ketika menghulurkan bantuan berupa barangan dan wang, Datuk Aliff Syukri dikecam oleh Ali Puteh, yang juga merupakan adik kandung kepada arwah Abam. 

Respon Ali Puteh di Instagram;



 
"Bila balu arwah Abam berhati binatang," tulis Ali Puteh dalam kenyataan itu.

Ali kemudiannya menyambung, "Baru seminggu meninggal segala harta yang dikejar. Aku akan buka segalanya. Allah itu Maha Besar". 

Kenyataan Nurhidayah, balu kepada arwah Abam itu, yang dipercayai menimbulkan perasaan marah Ali Puteh adalah merujuk kepada kenderaan milik arwah Abam yang disita (diambil oleh keluarga belah suami) tanpa menjelaskan statusnya kepada Nurhidayah. 

"Sebelum ini saya bawa kereta, sekarang tak ada. Saya tak tahu sebab belah sana (keluarga Abam) yang uruskan. Saya tak berani nak jawab macam mana," katanya dengan nada sebak.

Sebagai rekod, kenyataan Ali Puteh yang membinatangkan kakak iparnya telah dipadamkan dari Instagram. Ali Puteh juga memberitahu kepada wartawan yang beliau akan membuat satu sidang media bagi menjelaskan semua kekeliruan yang berlaku dalam isu harta tinggalan Abam. 

"Saya tak boleh nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Dalam masa terdekat, saya akan mengadakan sidang media dan sekarang sedang menguruskan beberapa hal berkaitan majlis ini.
 

Pihak saya akan menjelaskan satu persatu. Saya takut kalau keluar kenyataan sekarang ia akan menimbulkan fitnah dan mengeruhkan lagi keadaan.
 

Saya akan jemput semua rakan media untuk membuat liputan. Doakan saya," katanya, memetik laporan Harian Metro.

Dalam perkembangan berkaitan, selepas tularnya rakaman temubual, Nurhidayah tidak dapat dihubungi oleh wakil media bagi memberikan kenyataan balas.

Aliff Syukri jadi sasaran

Bagi penyokong Ali Puteh, mereka menyalahkan Aliff Syukri kerana dianggap menjadi batu api dan melaga-lagakan hubungan Nurhidayah dan Ali Puteh. 

Apatah lagi Ali Puteh terang-terangan mencabar Aliff Syukri dalam satu kenyataan di Instagram.

"Aliff Syukri aku cabar kau jumpa aku dan keluarga. Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan," katanya.

Kenapa macam nak gaduh soal Aliff Syukri..

Aliff Syukri kemudiannya menjawab cabaran Ali Puteh dan mempersoalkan kenapakah Ali Puteh seperti mengajaknya bergaduh.

Aliff Syukri juga menjelaskan duit iklan yang beliau terima menerima akaun Youtube hanyalah sekadar cukup membeli minyak kereta sahaja, beliau sebaliknya kaya kerana menjalankan perniagaan. 

"Saya tak faham.... saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dari @as.legacymalaysia sebab saya lihat dia memerlukan.. dan bertanya khabar. Dan saya disambut baik dari mereka... dan semua soalan saya dah disetujui oleh mereka bukan i suka-suka tanya (harap maklum jangan cakap i tak jaga sensitiviti orang)

Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris esok petang. Tak kaya pun buat youtube duit bayar duit minyak kereta i jeee lepas..🤣 memang i bantu semua orang. Kalau nak bincang baik-baik i ok jerrr... kenapa macam nak gaduh??," jelas Aliff Syukri dalam kenyataan balas itu.

Netizens pro Nurhidayah VS netizens pro Aliff Syukri vs netizens pro Ali Puteh..

Seperti kesemua isu-isu hangat yang meletup di sosial media, isu harta arwah Abam turut mendapat perhatian dari netizens yang berpecah kepada beberapa kelompok.

Sesetengahnya dilihat menyerang Ali Puteh dan Aliff Syukri di ruangan komen Facebook, Youtube dan Instagram.

Sesetengahnya pula mempertahankan hak yang mereka sokong di platform media sosial masing-masing.

Aliff Syukri juga diserang dengan mengaitkan hubungannya dengan Sajat. Manakala, sementara yang lain mempertahankan tindakan Aliff Syukri mendedahkan apa yang berlaku kepada Nurhidayah adalah sebagai membuka mata ramai pihak yang tidak tahu cerita sebenar. 

Pro Ali Puteh mempertahankan tindakan artis itu atas alasan hutang. Dan warganet tak sepatutnya masuk campur urusan keluarga pihak lain.

Bagaimanapun kenyataan dari Nur Asyikin Safii itu lebih mengeruhkan keadaan kerana majoriti netizens nampaknya tidak dapat menerima alasan itu.

Salahkah guna kereta sementara nak tunggu selesaikan hutang?


Kenapa pegang telefon dan dompet arwah sedangkan balu adalah waris yang sah;


Gesaan di sosial media juga menuntut kerajaan untuk campurtangan bagi membela nasib balu yang kehilangan suami dan diganggu dengan masalah perebutan harta oleh keluarga arwah suami. - 20 Februari 2020.