t>

Breaking News

"Suami Nak Makan Tepat Jam 8 Malam", Itu Masalah Isteri Yang Depress Dedah Saksi.

VIRAL | Satu lagi isu yang tular ketika ini ialah "jika balik kerja 6.30 petang, suami nak makan tepat jam 8 malam, apa yang isteri patut buat".

Ketika ini post yang mendapat perkongsian 26k dengan 26k komen itu telah disorokkan dari bacaan orang awam. 

Alasan ia disorokkan kerana menganggu emosi pihak tertentu.

Tips yang dianggap road to jannah itu telah mendapat kecaman netizens pelbagai lapisan, dan majoritinya beranggapan isteri tersebut dilayan bagaikan hamba abdi.

Penulisan dari Ummi Nani ataupun nama sebenarnya Nur Khairunnisa Iskandar;

"Suami mahu makan sharp jam 8 malam. Suami pula jenis balik kerja nak lihat rumah dan anak semuanya tenang terurus. Dan... nak makan hasil air tangan isteri di rumah. At least ada dua lauk.

Yang meraikan apa yang isteri mahu kawal dan elakkan dan apa yang suami suka. Suami happy bila anak fresh.

Dan suaminya tak suka anak tengok tv.

Dan ibu ni tak senang hati bila suami tegur itu ini aktiviti yang anak buat.

Dan aktiviti yang suaminya syorkan menurut si isteri adalah aktiviti yang memerlukan bantuan orang dewasa.

Settle masak, SOLAT MAGHRIB. Hangkut anak-anak juga. Unless jemaah dengan suami. Kalau tak, bawa anak anak solat dengan dibilik.

Kalau you jenis sensitif benor suami tegur tegur anak, u anggap je la anak tu kembar u. Di mana u ada, di situ anak ada.

MAKAN. YEYYYY!!

Tapi mama. U jangan makan sama. U suap anak-anak. Sebab suami u suka u bebual bebual dengan dia. Kalau u makan sekali dengan anak dan suami. Mau tercekik nak melayan karenah anak dan borak suami.

Suami u jenis suka yang bersih teratur. So suap anak tu kira tak sepah dan juga bonding time u dan anak. Bonding time u dan suami.

Bacalah doa banyak-banyak untuk setiap suapan. Hadiahkanlah zikir-zikir yang baik setiap kali pandang mata suamj saat berborak tu.

KEMAS. Settle sinki. Jangan ada yang tersisa. Mop takya buang masa lap-lap lekit sana sini.

Untuk kes sahabat ibu ni, suami sangat-sangat pembersih. Takde makna sinki ada pinggan semalam.

Suh anak duduk dengan ayah. Cakap kat anak kuat-kuat. Go dengan ayah. Nanti ayah sedih kalau abang tak cerita-cerita dengan ayah.

Huhuhu ni dialog sebenarnya cara halus nak sampaikan kat suami tengokkan anak sekejap.

Bilas badan mandi hilangkan bau berlengas dapur kat badan pastu sapu minyak seluruh badan. Lagilah di bahagian pinggang dan tapak kaki. Mintalah suami sapukan. Biar hangat. Hahaha jangan hangit
," tulis Ummi Nani.


Sebagai rekod, kenyataan di atas mempunyai dua versi yang sedikit berbeza, kerana disunting oleh Ummi Nani.


Setelah kecoh, akhirnya Ummi Nani menjelaskan tips road to jannah yang dikongsikan ialah masalah orang lain yang mempunyai konflik dengan suaminya sehingga mengalami masalah depresi.



Hal ini didedahkan oleh netizen Izyan Izdihar Shaarani dalam satu post di Facebooknya pada Rabu;


"Sebenarnya kan,

Saya ambil berat tentang apa yang puan yang bagi tips macam mana nak buat kalau balik kerja pukul 6.30 tapi suami nak makan pukul 8 tepat tu.

Saya ambil berat.

Sebab saya kadangkala dihubungi dengan individu yang saya tak kenal, meluah dan meminjam telinga saya untuk mendengar seribu satu ujian hidup mereka.

Kebanyakkannya, saya tak mampu beri nasihat pun. Saya hanya mendengar dan mengiktiraf masalah mereka itu adalah masalah, buat mereka rasa mereka bukanlah orang paling teruk dalam dunia, dan yakinkan mereka bahawa merekalah yang paling tahu apa tindakan yang paling tepat untuk diri dia. Hanya dia yang tahu kemampuan dia tahap mana, usaha dia sudah sebanyak mana, dan sebanyak mana dia sudah berkorban untuk orang di sekeliling dia.

Perkara yang saya tak akan buat adalah, meminta orang itu melakukan lebih lagi kerana jika saya meminta dia buat begitu, itu bermakna saya tidak meletakkan kepercayaan kepada dia bahawa dia telah lakukan sedaya upaya dia.

Apa yang orang tu dapat kalau meluah pada saya? Entah. Kalau tanya saya jawapan saya dia tak dapat apa apa melainkan dia jumpa seorang yang boleh mendengar masalah dia tanpa perlu jadi judgemental untuk sibuk nak teka teka apa yang dia dah buat tak buat dan perlu buat dalam hidup dia.

Akhirnya, saya akan minta dia fikirkan, sort things out, apa yang dia rasa dia boleh dan mampu buat untuk perbaiki diri, kalau dia mampu, teruskan. Tak mampu atas sebab sebab tertentu, stop. Cari jalan keluar yang lain Hanya dia yang tahu limit dia. Kita takkan tahu itu.

Tapi itu saya. Level marhaen yang langsung tak ada sijil atau nombor kaunselor berdaftar. Dan mungkin cara saya salah. Dan kalau dengan cara saya yang salah tu dapat membantu seorang dua di luar sana, alhamdulillah lah. Kalau tak berjaya, saya minta maaflah.

Tapi, ada orang pendekatan nya berbeza pula. Macam puan tips 6.30 hingga sharp pukul 8 tu.

Saya hubungi puan tu dengan niat yang asalnya lain. Tapi bila dia balas dengan pencerahan yang lain, memang terus jadi lain.

Sebelum anda terus kecam suami dia, saya clarifykan di sini, itu bukan kisah rumahtangga dia. Dia memberi tips itu kepada orang lain yang sedang mengalami masalah rumahtangga.

Ok, point utamanya bermula di sini.

Saya kongsikan perbualan saya dengan dia sini. Sebenarnya benda yang sama juga saya nak tuliskan di sini. Tapi buat apa nak tulis dua kali. Benda boleh screenshot buat apa nak taip balik! 😂

Pendirian saya,

Puan ini baik. Dia positif orangnya. Dia cuba fikirkan jalan keluar bagi permasalahan orang lain. Dan alhamdulillah menurut beliau, ibu tersebut berjaya dibantu setelah mengamalkan guidelines beliau.

Namun, pendirian saya selanjutnya,

Saya tidak menggalakkan guidelines seperti itu ditebarkan ke umat sejagat, kerana isu depresi, self-worthlessness, feeling never good enough, feeling useless walaupun setelah berhempas pulas berkorban namun tidak dihargai, semua ini isu yang jika di 'groom' kan, boleh membawa kepada depresi. Itu belum cerita pasal burnout lagi.

Guidelines puan itu ada betulnya. Tapi ia hanya berfungsi untuk mereka yang normal, dan tekanan macam mana pun, mereka tidak akan sehingga terifikir untuk membunuh diri.

Tapi yang saya risaunya, penerimaan guidelines seperti itu buat mereka yang memang sedang bergelut dengan isu self-worthlessness tadi. Bahaya. Ia cukup bahaya.

Saya bukan siapa siapa. Boleh saja saya tak perlu ambil port pun. Saya bukan kaunselor. Saya seorang rakyat marhaen sahaja.

Tapi sebagai orang yang pernah rasa cukup cukup kecewa apabila ada orang yang masih anggap kita tak lakukan sebagus yang kita mampu selepas kita dan Allah sahajalah yang tahu apa yang sudah kita korbankan untuk sesuatu perkara itu, saya tidak mahu ada orang lain pula yang perlu berdepan dengan perasaan itu. You could lose yourself. And luckily i didn't. But sadly, some of them, yes.

Anda tak perlu sependapat dengan saya. Saya mungkin salah. Anda mungkin betul. Kadang kadang tak perlu ada antara kita yang perlu salah pun. Boleh saja saya betul, dan anda juga betul.

Cuma tidak ada satu keadaan yang betul untuk semua orang. There is no one size that fits all. Kita ambil apa yang muat untuk kita, yang terlebih besar atau terlebih kecil, kita tinggalkan untuk mereka yang saiznya tak sama dengan kita.

Selagi niat kita betul, Allah akan bantu.

Semoga niat saya betul.
Semoga niat puan yang tadi tu pun betul," jelasnya.









Ummi Nani juga menjadi bahan sindiran netizens kerana berkongsikan tips itu.

Selepas tularnya penjelasan dari Izyan itu, Ummi Nani menerima lebih banyak kecaman kerana dibayangkan telah memberikan nasihat yang salah kepada sang isteri yang depresi akibat terlalu memikirkan cara untuk memuaskan hati suami.

Majoriti dari mereka beranggapan rumah tangga adalah perkongsian bahtera, dan suami isteri harus saling bertolenrasi bagi mendapatkan rumahtangga yang aman bahagia.

Tindakan Ummi Nani yang membudayakan sang isteri perlu berkorban segala-galanya, fizikal dan harta, mental dan emosi menurut netizens adalah perhambaan versi moden. - 20 Februari 2020.