t>

Breaking News

Penganjur Kereta Berhias Tahun Melawat Kelantan 2020 Dikecam Netizens, Ini Penjelasan Kerajaan.

SOSMED | Penganjuran Kereta Berhias di Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 dikecam warganet khususnya orang Kelantan yang berada di lokasi. Perkara itu didedahkan oleh Facebook : Made In Kelate.

"Semalam kami ke stadium Kota Bharu. Niatnya nak bawa anak-anak tengok acara kereta berhias.

Acara kereta berhias ni sangat sinonim dengan meriah dengan kereta-kereta jabatan yang dihias cantik.

Tetapi tunggu punya tunggu tiada apa yang ada. Pentas membelakangi jalan. Ribuan rakyat di jalanan menunggu bak buah yang tidak gugur.






Persembahan untuk orang kenamaan. Yang rakyat biasa seperti kami ke hulu ke hilir di atas jalan raya.

Selepas menunggu hampir 2 jam, sekitar 10 lebih muncul 5-6 buah kereta. Tak nampak jelas dengan orang yang maha ramai, tak nak duduk dengan tiada yang menjaga etc.

Kami buat keputusan untuk balik. Kesian anak-anak sudah kepenatan. Tiada yang menggembirakan.

Kereta diparking jauh. Sepanjang jalan kami ke kereta rakyat masih sabar menunggu. 11 lebih rakyat masih memenuhi jalan-jalan.

Kesian rakyat Kelantan. Teruja menunggu acara yang sepatutnya meriah tapi rupanya sangat-sangat teruk.

Jangan bodohkan rakyat begini. Kalau hanya mahu buat acara untuk orang kenamaan, jangan diwarwarkan pada rakyat.

Acara kereta berhias sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 - acara paling sampah yang GAGAL!,
" tulisnya dalam satu kenyataan pada 8 Februari 2020.


Beberapa respon negatif netizens.



Berdasarkan maklum balas dari Kerajaan Kelantan, Mejar (B) Dato Haji MD. Anizam Ab. Rahman, Pengerusi JK Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan menjelaskan;

- Laluan tempat masyarakat berhimpun tidak pernah dirancang sebagai laluan untuk perarakan kereta berhias

- Penutupan jalan kerana rehersal, bukannya perarakan kereta berhias

- Terdapat salah faham berhubung maklumat yang tular, kononnya akan ada perarakan kereta berhias

- Acara pada 7 Februari adalah acara pembukaan dan perasmian Tahun Melawat Kelantan 2020

- Akan dipertimbangkan cadangan untuk perarakan kereta berhias di masa-masa akan datang melihatkan kepada sambutan

- Minta maaf kerana masyarakat diberikan maklumat yang kurang tepat, wujudnya miscommunication.

Sambutan Kereta Berhias di Tumpat pada semalam menyaksikan acara berlangsung tanpa kecaman setakat hari ini.





Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Amanah, Hazmi Hassan secara sinisnya menyindir Kerajaan Kelantan untuk menganjurkan acara kereta berhias dengan menggunakan Mercedes Benz yang baru dibeli untuk kerajaan negeri itu.
Saya membaca laporan media mengenai permohonan maaf oleh exco pelancongan Kelantan berhubung salah faham yang berlaku pada penganjuran perarakan kereta berhias sempena pelancaraan Tahun Melawat Kelantan 2020 baru-baru ini.
Beliau juga menyatakan satu acara khas bagi perarakan kereta berhias itu boleh diadakan sekiranya menjadi kehendak rakyat.
Jadi saya mencadangan supaya acara itu dibuat dan ditambah baik dengan perarakan kereta Mercedes Benz berhias.
Jadi saya berharap kerajaan negeri dapat merealisasikan pertunjukkan itu, dan rakyat pasti akan menggunakan kesempatan yang ada untuk melihat dengan lebih dekat kenderaan pemimpin Kelantan.
Kos juga tidak besar kerana cuma guna kereta rasmi barisan exco negeri yang sudah pun dibeli. Cuma mungkin perlu ditambah dengan perhiasan tertentu.
Ia juga dapat mengubati kekecewaan ribuan pengunjung yang hadir pada malam pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 itu - Hazmi Hassan.

Kerajaan Negeri belum lagi menjawab sindiran Ketua Pemuda Amanah Kelantan setakat ini. - 15 Februari 2020.