t>

Breaking News

Drama Band Minta Maaf Kepada #AJL34, Ini Kronologi Insiden.

HIBURAN | Semua ini bermula pada malam Anugerah Juara Lagu yang ke 34. Kumpulan Drama Band menjadi sensasi dalam sekelip mata disebabkan menyindir aksi Rosmah dan Najib dalam persembahan mereka.

Perbualan telefon antara Rosmah dan Najib menjadi babak sindiran dalam persembahan itu. "Can i advise you something" adalah kata-kata Rosmah kepada Najib, dalam rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pada 8 Januari 2020. 


Malam itu Drama band muncul dengan latar badut dan Bleach. 

Ketika lagu hampir tamat, pelakon Rosmah dan Najib pun keluar diiringi dengan suara "can i advise you something". Suara itu adalah suara Rosmah. Dan dewan pun gemuruh dengan laungan. Kerana semua tahu siapa yang dimaksudkan oleh Drama Band.


Susulan dari aksi itu, Drama Band menjadi sensasi di sosial media. Ada yang menyokong, ada yang membantah.

Bagi yang menyokong, mereka memuji aksi Drama Band. Bagi yang membantah mereka menyeru kepada boikot dan desakan minta maaf. 

Halaman rasmi Drama band di Facebook dan Instagram menjadi sasaran serangan penyokong Najib. Beribu-ribu komen direkodkan dengan majoritinya memaki hamun kumpulan itu.
"Seni Persembahan - Seni persembahan adalah merupakan karya seni yang memerlukan kreativiti, seni, kecekalan dan kemantapan dalam berkarya. Seni persembahan ada waktunya banyak mengetuk pintu yang dalam lubuk sanubari lalu mengajak kita merenung dan berfikir lebih jauh dari apa yang kita sedang alami sekarang.

Terima kasih tak terhingga buat semua yang terhibur dengan persembahan kami. Kami #dramabois berasa amat bersyukur dengan segala feedback yang diterima. Kami terima segalanya dengan hati terbuka. Art is place for an artist to express freely . If we supress what we want to express, art will slowly fade away. Art, Thank you. " - DRAMA BAND
Walaupun pada awalnya kumpulan itu mempertahankan seni persembahan mereka namun akhirnya akur dengan membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf dibuat sebanyak dua kali dalam masa seminggu.

Permohonan maaf kali pertama disiarkan oleh portal Berita Harian pada 10 Februari 2020.

“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterlanjuran kami dalam persembahan malam tadi. Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalang.

“Bagaimanapun, selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam persembahan dan tidak mengetengahkan lagi isu sensitif,”
katanya, memetik laporan BH Online.


Permohonan maaf kali kedua disiarkan oleh Drama Band sendiri di platform media sosial rasmi mereka pada 14 Februari 2020.

Dalam kenyataan maaf itu secara jelasnya ditujukan kepada TV3 dan #AJL34. Ini mungkin dipercayai ada kaitan dengan persembahan Drama Band pada malam AJL34 telah diblock dari disiarkan di mana-mana platform media sosial seperti Youtube, Facebook, Twitter milik TV3.

Selain itu, kami turut mendapati ada aduan tiada sesiapa dibenarkan untuk menyiarkan semula persembahan Drama Band. Beberapa pemain media sosial di Facebook dan Youtube mendapati video mereka telah dipadamkan kerana melanggar polisi. Ini termasuklah video reaction.

Bagaimanapun berdasarkan semakan kami, jika anda menonton siaran ulangan AJL34 di Youtube, anda masih boleh mengikuti persembahan Drama Band tanpa suntingan.

Meskipun permohonan maaf telah dibuat namun kritikan ke atas Drama Band tidak berhenti. 

Kumpulan pro Najib beranggapan Drama Band membuat wayang bagi menjaga periuk nasi mereka. Ancaman boikot disokong ramai kata kumpulan itu. Bahkan mereka juga berkata kumpulan itu akan 'mati' apabila BN berjaya menang semula dalam PRU15. Ugutan berbaur balas dendam berjaya menundukkan ego kumpulan itu kata mereka lagi.

Manakala bagi anti Najib melihat Drama Band sebagai rockers yang lemau, lembik dan tiada pendirian.

Setelah berani membuat kritikan, atas pentas dan disaksikan ramai pihak, Drama Band membuat pusingan U dengan memohon maaf, apakah pendirian kamu, kritik anti Najib.

Ini bermakna Drama Band diserang oleh dua kumpulan yang berbeza fahaman kerana bertindak membuat permohonan maaf.

Pada awalnya dilihat ramai membela Drama Band seperti Fahmi Reza dan Fahmi Fadzil, tetapi dengan permohonan maaf itu secara beransur-ansur penyokong PH mulai diam dan mengendur. Manakala pro BNPAS menjadikan tindakan Drama Band sebagai troll kepada penyokong PH yang pada awalnya mempertahankan aksi Drama Band.

Drama Band pula kelihatannya tidak membalas kritikan semua kritikan tersebut sebaliknya hanya membiarkan netizens menulis sesuka hati di ruangan komen.

Bagaimana pula dengan Najib? Sehari selepas aksi Drama Band mengegarkan media sosial, Najib secara sinisnya membalas sindiran Drama Band.

"Muzik video dari band yang ditaja oleh duit PETRONAS milik kerajaan untuk Tour De Langkawi tahun 2020 ini di kawasan parlimen PM ke-7 boleh tahan sedap melodinya. 👍," - Najib Razak.


Sindiran itu membawa maksud kononnya Drama Band troll Najib atas pentas AJL34 kerana mahu membodek Tun Mahathir.

Troll kedua pula ditujukan kepada Mujahid Rawa.


Troll kedua ini mendapat lebih banyak sambutan dengan lebih dari 2,500 perkongsian dan 8,700 komen setakat 15 Februari 2020.

Aksi Drama Band ini juga mencetuskan polemik politik diantara pro BNPAS dan pro PH. Mereka bercakap tentang kebebasan bersuara.

Ketika peserta Maharajalawak seperti RARE membuat sindiran kepada kerajaan, pro PH mengamuk dan ketika Drama Band membuat sindiran kepada Najib, pro BNPAS mengamuk. Jadi tidaklah kedua-dua kumpulan ini secara tepatnya mahu meraikan kebebasan bersuara. Mereka hanya cenderung kepada kebebasan mengkritik lawan dan tiada kebebasan mengkritik apa yang mereka sokong.

Untuk rekod, akhirnya RARE dan DRAMA BAND membuat permohonan maaf kepada pihak-pihak tertentu, meskipun tidak dinyatakan, tetapi ramai percaya akhirnya artis terpaksa tunduk kepada tekanan demi mencari rezeki dan tidak digam. - 15 Februari 2020.