t>

Breaking News

#Covid19, Hospital Teluk Intan Ditutup Untuk Kerja Basmi Kuman.

COVID19 | Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa wad di Hospital Teluk Intan ditutup selepas 37 kakitangannya positif covid19.


Setakat ini Hospital Teluk Intan mencatatkan kakitangan KKM terbanyak yang positif covid19. Hospital lain ialah;

- Hospital Putrajaya
- Hospital Raja Perempuan Zainab
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah
- Hospital Selayang

"Hospital Teluk Intan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan basmi kuman. Ia akan dibuka selepas itu," jelasnya ketika membuat sidang media harian covid19.

Ketua Pengarah Kesihatan juga menjelaskan kesemua 73 anggota kesihatan KKM yang dijangkiti #COVID19, bukanlah disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.


47 kes darinya berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh. Majlis perkahwinan tersebut ialah di Bangi dan Putrajaya. 



Manakala selebihnya adalah kes yang berkaitan dengan sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.


Beliau turut menambah beberapa kakitangan KKM diarahkan untuk berkhidmat di hospital-hospital yang terjejas berikutan jangkitan covid19. - 25 Mac 2020.