t>

Breaking News

#Covid19, Lanjut Atau Tidak PKP, Itu Bergantung Pada Tindakan Rakyat Kata Menteri Pertahanan.

POLITIK | Menteri Kluster Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya rakyat sahaja boleh menentukan samada kerajaan melanjutkan atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ke fasa ketiga dan keempat.



Sekiranya rakyat mematuhi arahan duduk di rumah dan berjaya memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19, maka Ramadan dan Syawal tahun ini mungkin boleh disambut seperti biasa.

“Esok PKP fasa kedua akan dilaksanakan dan ramai bertanya apakah PKP kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.

“Adakah bulan puasa PKP dilaksanakan? Bolehkah kita akan berhari raya? Ramai rakyat nak kehidupan biasa.


“Yang boleh pastikan tiada PKP ketiga dan keempat adalah tuan-tuan dan puan-puan… jika kita patuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan, saya percaya ketakutan untuk sambung PKP akan dapat kita selesaikan,” katanya dalam sidang media harian Menteri Pertahanan di Putrayajaya petang tadi.

Sebagai rekod, PKP dilanjutkan untuk 14 hari lagi bermula esok dijadual berakhir lebih kurang 10 hari sebelum umat Islam mula berpuasa. Ramadan dijangka disambut pada 24 April.

PKP pertama kali dilaksanakan sejak 18 Mac selama dua minggu sehingga hari ini, namun diteruskan bagi fasa kedua sehingga 14 April ini.

Dalam tempoh itu, hanya premis dan pekerjaan berkaitan barangan keperluan khas, seperti makanan yang dibenarkan beroperasi. - 31 Mac 2020.