t>

Breaking News

#Covid19, Penumpang Bas Ekspress Plusliner JB - Mersing - Kuantan Dicari.

SOSMED | Ini adalah hebahan penting kepada semua penumpang bas ekpress Plusliner bernombor plat : VDJ 2367 yang menaiki bas itu pada isnin, 16 Mac 2020 jam 4 petang di Johor Bharu Larkin Sentral.


Ini susulan salah seorang dari penumpang bas itu telah dijangkiti covid19 semasa menaiki bas tersebut.

Kronologinya adalah seperti berikut;

1. Seorang individu telah menjalani ujian saringan di Johor Bharu.

2. Individu tersebut tidak mengkuarantinkan dirinya sementara menunggu hasil ujian.

3. Keputusan dari ujian tersebut mendapati individu tersebut positif covid19.

4. Pada masa yang sama, individu tersebut tidak lagi berada di Johor Bharu sebaliknya telah berada di Kuantan.

5. Individu itu telah bergerak ke Kuantan dengan menaiki bas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac.

6. Bas yang dinaikinya adalah Bas Ekpress Plusliner dengan nombor plat : VDJ 2367.

7. Beliau menaiki bas itu pada 16 Mac jam 4 petang di Larkin Sentral, Johor Bharu dan turun di Terminal Sentral Kuantan pada jam 7.45 malam pada hari yang sama.

8. Dengan itu, Pejabat Kesihatan Kuantan meminta semua penumpang yang menaiki bas tersebut, untuk tampil di Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan ataupun menghubungi mereka di talian 09 - 565 9213 dengan kadar segera.

Kepada semua pengguna media sosial, anda amat dialu-alukan untuk membantu KKM membuat sebaran maklumat supaya sampai kepada penumpang yang menaiki bas tersebut. - 19 Mac 2020.