t>

Breaking News

Panik #Covid19, Peguam Cari 10 Menteri Malaysia Yang Hilang Dari Radar.

Oleh : Azam Aziz

SEDANG MENCARI BEBERAPA ORANG MENTERI KABINET YANG TELAH HILANG DARI RADAR SEJAK 3 HARI LEPAS. 




1) Menteri Pengangkutan :

Mana kenyataan memberitahu rakyat bagaimana pergerakan rakyat dapat dibantu tanpa menambah risiko penularan wabak?

2) Menteri Sumber Manusia :

Mana kenyataan Menteri secara terperinci sektor mana yang akan terjejas dan apa JAMINAN serta hak bagi pekerja-pekerja swasta bergaji hari.

3) Menteri Pertanian dan Industri Makanan :

Mana jaminan dan apakah mekanisme bagaimana rakyat boleh dapat cukup bekalan makanan harian dalam tempoh larangan.

4) Menteri KPDNHEP :
Tak cakna tentang pembelian panik dikalangan rakyat, begitu juga dengan jualan topeng muka dan sanitizer yang menjadi kegusaran rakyat.

5) Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Perusahaan, Komoditi dan Perladangan :

Tiada langkah proaktif untuk pastikan pendapatan usahawan-usahawan kecil yang terpaksa tutup bisnes dalam tempoh larangan.

6) Menteri Kerajaan Tempatan :

Sibuk makan malam dengan taikun, tak nak ke bantu majlis perbandaran disinfeksi tempat-tempat awam seperti masjid.

7) Menteri Pengajian Tinggi :

Lambat buat pelan pergerakan pelajar yang terpaksa pulang ke kampung kerana IPT ditutup.

8 ) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat :

Gagal sediakan solusi bagi membantu ibu-ibu bekerja yang terpaksa jaga anak kerana penutupan taska.

9) Menteri Dalam Negeri :

Yang sepatutnya menjadi tonggak dalam isu ini, langsung tak dengar cerita.

10) Menteri Tugas-tugas Khas :

Yang kita pun tak tahu apa tugasnya. Sepatutnya dalam situasi begini, dia diberi tugas penting. Barangkali masih sibuk dengan kereta terbang.

Jika sesiapa berjumpa dengan 10 Menteri ini, sila kongsikan lokasi mereka sekarang.