t>

Breaking News

#Covid19, Ramai Rakyat Bercuti Ke Luar Negara, KKM Bersedia Hadapi Gelombang Ketiga.

Covid19 | Petang tadi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan negara kita akan berhadapan dengan tsunami gelombang ketiga wabak Covid19.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, hal ini berlaku disebabkan;

-  Adanya rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah pada awal bulan Mac hari tu. 


- Jumlah yang bercuti tu, agak besar. Kiranya, ramai.

- Antaranya mereka ke Korea, Jepun, Itali dan Iran.

- Keempat-empat negara tu pula, antara mempunyai pesakit covid19 yang ramai.

- Ada juga kementerian yang sampai memberikan kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk pergi bercuti.

"Saya dimaklumkan, ada satu kementerian, 8,000 warga kementerian itu diluluskan atau beli tiket untuk melancong, contoh di Jepun, Korea dan sebagainya.

"Kita dah tahu gelombang kedua melibatkan warga Malaysia dan kes mereka adalah kes import. Contoh lihat kes 23, pergi Jepun dengan keluarga dan balik positif.

"Jadi kita takut bila 32,000 dari pelancong warga Malaysia ke Korea, Jepun, Itali dan sebagainya, bila kembali maka kita mungkin akan dapat kes import yang mendadak
," katanya.



Antara sebab kenapa buat Perintah kawalan pergerakan (PKP) ialah kerana nak bersedia menghadapi gelombang ketiga.

"Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami," kata
Ketua Pengarah Kesihatan.

Beliau turut menambah, kerajaan tidak akan mempunyai keupayaan untuk melakukan kuarantin terhadap sejumlah besar pesakit.

Justeru menurut beliau, PKP adalah pilihan terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan.

"Duduk di rumah, pastikan dua minggu, (jika) ada sejarah perjalanan (ke luar negara), duduk dalam rumah, jadi kita boleh kuarantin di rumah," katanya lagi. - 27 Mac 2020.